Thursday 31 May 2012

Sahabatku Faezah

Assalamualaikum w.b.t =)

Disebabkan hasutan Eqin, aku pergi hantar dia balik KL dari Pontian hari Ahad baru-baru ni. Hari Isnin aku cuti sesuka hati tanpa apply, tapi aku inform bos ye by sms. Hihi. Alang-alang dah sampai sana, aku buat keputusan nak jumpa Faezah, sorang lagi sahabat masa sekolah teknik dulu. Dia tak dapat datang kenduri Mila Ahad baru ni. Kami jumpa dia kat Plaza Alam Sentral, Shah Alam. Sorang lagi sahabat, Zura belum ada rezeki lagi nak jumpa. Seronok jumpa Faez, anak dah 2 orang, sepasang pulak tu. Aku pulak bila? On the way on the way. Aik sendiri tanya sendiri jawab =)

28 May 2012 : Plaza Alam Sentral, Shah Alam

Wednesday 30 May 2012

Wedding Day : Nurharmilla Abd Hadi @ Mila & Mohd Hafiz

Assalamualaikum w.b.t =)

Alhamdulillah syukur. Sorang-sorang kawan aku bina masjid. Cuma sekali lafaz sah jadik isteri orang. Bila dengar sah je, aku pulak yang over nak menangis. Apa boleh buat memang perempuan berhati sensitif. Hukhukhuk. Mila ni aku kenal dari sekolah teknik. Dulu kami berlima, tapi dua orang lagi tak dapat datang. 2 orang dah kahwin, tinggal lagi 3. Macam lagu budak hitam je. Insya Allah akan berkumpul jugak semua nanti. Semoga sahabatku, Mila bahagia hingga akhir hayat, jadik isteri yang terbaik =)

 27 May 2012 : Pontian, Johor

Monday 21 May 2012

Ambil Angin Teluk Cempedak

Assalamualaikum w.b.t =)

Setelah sekian lama duduk kat rumah bila hujung minggu, tak bersosial dengan kawan-kawan, otak pun dah jadik tepu, macam katak bawah tempurung pun ye jugak. Semalam baru la keluar ambil angin kat Teluk Cempedak. Tapi tak ada angin pun semalam, aku je yang angin =) Dah lama tak pergi sana, banyak jugak yang bertukar. Laluan pejalan kaki pun dah tukar. So, tak payah risau la lepas ni kaki terjerlus masuk dalam lubang. Boleh jalan dengan confident, berlari pun no hal punya, confirm selamat. Eh, jangan percaya sangat sebab bahaya tu kat mana-mana je. Hehe. Lepas dah makan angin, kita makan nasi lak. Thanks to Wani sebab belanja kami semua =)


 Fiza (Black White), Wani (Purple), Jue (Pink)

Friday 18 May 2012

Tips Memakai Cincin Cara Islam

Assalamualaikum w.b.t =)

 Pinjam kat Google lagi =)

Nasihat Nabi Muhammad s.a.w kepada Saidina Ali. Setelah Saidina Ali berkahwin dengan Siti Fatimah, iaitu anakanda kesayangan Nabi Muhammad s.a.w. Nabi Muhammad s.a.w berpesan kepada Saidina Ali, iaitu kalau memakai cincin pakailah di jari manis dan jari kelingking (anak jari). Dan jangan memakai pada jari tengah dan jari telunjuk. Nabi Muhammad s.a.w melarang kerana memakai cincin pada jari tengah dan jari telunjuk adalah meniru cara berhias kaum yang dilaknat oleh Allah, iaitu kaum yang derhaka di zaman Nabi Lut a.s. 

(Sumber : Diari Muslimah 2012)

Monday 14 May 2012

YO! Pekan Explorace

Assalamualaikum w.b.t =)

YO! Pekan @ Youth of Pekan anjuran Majlis Belia Daerah Pekan. Walaupun aku bukan orang Pekan, aku masih belia tau. Sweet 17 gitu. Tak sedar diri betul. Hihi. Masa karnival ni, aku dengan kawan-kawan masuk Pekan Explorace. Walaupun tak menang RM3000, kami dapat la jugak hamper RM20. Yang penting pengalaman masuk explorace tu. Aktiviti lain, bola jaring ada, futsal ada, battle of the band ada, yang lain-lain tak tahu =)

Ada artis & DJ jugak hari tu. Neelofa dengan FBI. Neelofa cantik tau, macam dalam tv tu la cantik dia. FBI hitam manis dia tu la, kelakar macam dalam radio. Lepas tu ada Datuk Najib & Datin Rosmah. Mesti la kena ada, Datuk Najib kan orang Pekan yo. Ok, karnival tu habis pukul 5. Akibat berjemur dari pagi sampai petang hasilnya, muka aku jadik macam panda. Kalau kat China bahagian mata panda hitam tapi aku kat bahagian mata putih, yang lain hitam. Ni namanya panda Malaysia =)



Kereta kasut =)

Friday 11 May 2012

Satu Masa Dulu : Teluk Batik & Lumut

Assalamualaikum w.b.t =)

Wallah! Teluk Batik & Lumut memang cantik! Aku tak bodek orang Perak ye, tapi serius memang cantik. Teluk Batik bersih pada pandangan aku yang agak rabun ni. So, kat sini kitorang sempat la naik bot pusing-pusing tengok Marina Island Resort. Bayar RM10/pax tak silap aku. Kalau kat Lumut pulak banyak jual seafood product. Sapa-sapa datang Perak singgah la kat sini ye. Moh kita pakat ramai-ramai pergi Perak! Ye Pah Bedah ye =)


Teluk Batik & Lumut : 09 July 2011

Thursday 10 May 2012

Budak Hingusan

Assalamualaikum w.b.t =)

Adoyai geli hati tengok gambar-gambar lama. Memang comot yang amat, ni baru part 1 punya gambar, belum yang lain. Yang part 1 ni gambar harus la yang cun-cun dulu. Hihi. Maklum la duduk kampung merata pergi, selagi tak senja takkan balik rumah punya. Sekarang nak pergi mana-mana pun takut. Takut orang buat khianat.

Tak boleh tahan muka pegang basikal tu. Haha.

Thursday 3 May 2012

Gracias Vaseline =)

Assalamualaikum w.b.t =)

Masalah bibir kering? Ingin penyelesaiannya? Pening kepala dengan kos yang mahal? Ha meh ambik ni! Jangan pening-pening kepala tentang kos, masalah pun selesai. Senang macam makan kacang je. Sekadar berkongsi. Sapu je Vaseline harga 4 ringgit ni, confirm esok bibir merah bak buah delima. Okeh yang ni tipu. Aku pakai Vaseline ni pun sebab bibir kering effect bersnorkeling kat Pulau Kapas hari tu. Kekeringan tu sampai ke hari ni. Bibir aku macam ada 1 lagi lapisan keras (kulit mati mungkin). Lepas tu putih-putih macam air liur basi. Oh no! Malu kalau nak cakap dengan orang face to face, rasa nak menyorok dalam kain. Sebab kalau cakap, orang mesti perasan benda yang paling pelik kat kita. Dalam hati mesti spontan cakap, 'kenapa mulut dia macam tu?' So, lepas ni tak payah dah risau kalau bibir jadik macam tu =)

Pinjam la kat Google jap.

Cara aku pakai :
1) Sapu kat bibir sebanyak yang boleh kalau nak kesan lebih cepat. Kalau beauty consultant tau confirm aku kena bantai bertubi-tubi ni.
2) Bila bangun esok pagi, kulit bibir yang kering jadik moist-moist gitu dan mudah tertanggal. Memang berkesan! 

Pesanan aku :
1) Pada siapa-siapa yang bibir memang lembab dan merah, bersyukur lah anda sebab tak payah pakai Vaseline, anda bebas pakai apa saja. Auwww =)
2) Apa lagi yang boleh buat bibir jadik lembab dan merah? Any suggestion? Bibir saya hitam macam orang merokok ='(

Wednesday 2 May 2012

Mee Sup! Ho Liau Ke?

Assalamualaikum w.b.t =)

Seronok bila tinggal kat hostel ni. Banyak benda boleh belajar. Contoh, bila rajin, semangat masak tu berkobar-kobar biar buat cekodok je pun. Berkobar tu sama dengan berkobar nak pergi shopping. Fuhh! Tiba-tiba ayat jadik hiperbola. Padahal masak tak ada la pandai mana. Tapi boleh la nak isi perut bujang ni. Orang cakap campak-campak je. Ha, ni aku campak-campak jadik mee sup. Tapi bila malas, makan megi je, tak pun pergi rumah kakak. Haha. Malu rasa nak buat entri pasal makanan. Hari tu buat kek, kek tu degil tak nak naik, lepas tu rasa pelik. Oh! frust terus.

 Mee Sup orang bujang. Tak berseri lansung. Hihi.

Ada ke orang makan mee sup dengan telur dadar? Haha.