Tuesday, 28 March 2017

I'm Back!!!

Assalamualaikum w.b.t =)

3 tahun blog ni sunyi tanpa cerita. Lepas dapat kerja baru, dah kahwin senyap. Dah beranak sorang pun senyap jugak. Sampai dah bertukar ke Perak pun senyap. Baru ni la muncul balik & idea jadik kosong tak tahu nak mengarang cerita apa. Huhu. Semoga kawan-kawan blog sihat selalu dan dilindungi Allah. Kekangan masa, kerja, urus anak kecik lagi. Macam beranak 5, padahal baru je sorang. Hehe. In shaa Allah, ada masa saya akan jalan-jalan kat blog kawan-kawan =)


Kat atas tu la buah hati pengarang jantung saya. Dah 1 tahun 11 bulan dah :)

Friday, 28 February 2014

Walimatul Urus : Nurul Husna & Aliff Fikri

Assalamualaikum w.b.t =)

Dah lama tak buat entry. Merangkak-rangkat cari new post. Kawan-kawan semua sihat ke? Hati ni rindu sangat kawan-kawan. Kalau dulu tiap-tiap hari buka blog, sekarang lepas setahun baru buka sebab nak kongsi berita gembira =) Datang ye kawan-kawan meriahkan majlis saya. Doakan majlis saya lancar & diberkati Allah s.w.t =)





P/s : Siapa-siapa nak kad tinggalkan alamat kat komen ye. Rindu & sayang kawan-kawan semua kerana Allah =)

Saturday, 5 January 2013

Rezeki Dari Allah =)

Assalamualaikum w.b.t =)

Terima kasih banyak-banyak pada kawan-kawan yang ucap tahniah kat saya. Hari ni saya last day kerja kat Bukit Gambang Resort City ni. Alhamdulillah, saya dapat kerja baru kat Jabatan Kesihatan Negeri Pahang, lusa saya lapor diri dah. Sebelum tu macam biasa la, saya tinggalkan entry untuk semua, sikit sebanyak gambar saya tunang hari tu. Doakan segalanya berjalan lancar ye kawan-kawan sebab orang cakap dugaan tunang ni besar. Doakan jugak saya baik-baik aje kat tempat kerja baru. Nanti ada kelapangan saya jejak kawan-kawan ye =)

 Barang hantaran untuk pihak lelaki. Lagi 1 kek tapi dalam peti =)

 Sesi menyarung cincin risik & tunang =)

 She & He =)

Tuesday, 1 January 2013

E-Day : Nurul Husna Mohd Hassan =)

Assalamualaikum w.b.t =)

Alhamdulillah semuanya berjalan lancar cuma kelewatan pihak lelaki sebab tunggu saudara mara yang lain. Tengah hari tu hujan turun, bila diorang sampai hujan rintik-rintik je. Alhamdulillah syukur Ya Allah semuanya selamat. Doakan yang terbaik buat kami ye kawan-kawan =) Selamat Tahun Baru!!

Thursday, 27 December 2012

Wedding Day : Zurina Zakaria

Assalamualaikum w.b.t =)

Sebelum saya balik kampung hari ni sebab nak uruskan majlis tunang (ha siap bold lagi tau) saya Ahad ni, saya buat entry dulu. Korang percaya tak saya nak bertunang ni? Hehe propa je lebih. Ok, cerita kahwin ni dah 2 minggu lepas dah tapi bila malas apa pun tak boleh. Zurina ni coursemate saya masa belajar kat Politeknik Seberang Perai dulu. Alang-alang saya cuti hari tu, saya pergi kenduri dia. Lagipun dia tinggal kat Jerantut (Felda Kota Gelanggi 2) boleh la saya pergi sebab dekat. Yang lain kahwin saya tak pergi pun, jauh pun ye, waktu tak kena pun ye. Eh! Ada-ada, sorang lagi coursemate saya pergi kat Terengganu. Esok saya kahwin entah ada entah tak kawan datang :'(

 Pengantin cantik sangat! Saya datang-datang terkejut tengok, lain benor mukanya, saya ingat dah salah rumah. Nasib baik ada DJ sebut nama pengantin. Fuhh lega. I lap you la DJ. Hehe.

Saturday, 15 December 2012

Moh Ke Jerantut

Assalamualaikum w.b.t =)

Seronoknya cuti, hari ni baru hari ketiga masuk kerja. Masa cuti hari tu jugak, 4 orang budak-budak office datang rumah. Nak merasa suasana kampung, lagi-lagi musim buah ni, memang seronok la kalau ramai-ramai kat rumah =) Sampai jugak diorang kat kampung saya, dah la jauh, ceruk hutan pulak tu. Masuk je simpang rumah saya terasa macam dalam gua sebab kiri kanan pokok getah, takut jugak diorang. So, untuk hilangkan takut, moh la tengok aktiviti kitorang yang sempat diambil gambar =)

 Malam diorang sampai, kitorang buat BBQ =)

 Sambil-sambil tu makan buah. Ha! belah jangan tak belah durian tu. Hehe.
Wah! Bersepahnya rumah saya, tayar jeep ada, pam racun ada, baja ada. Hehe.

 Hari esok pergi mandi air terjun. Berendam la sampai kecut =)

Thursday, 6 December 2012

Rapid Kuantan

Assalamualaikum w.b.t =)

Sekarang orang Kuantan tak payah risau kalau nak ke mana-mana sebab dah ada bas Rapid Kuantan. Feeling-feeling KL dengan Penang pulak =) Start dari 1 Disember sampai 31 Disember 2012, tak dikenakan bayaran kalau naik. Percuma! Boleh la bawak orang-orang kampung ye =) Start dari 1 Januari 2013,  kalau naik kena bayar RM2 kalau perjalanan bawah 20 kilometer, RM4 kalau perjalanan lebih 20 kilometer. Dah lama dah saya tak naik bas ni lepas kes nak balik kampung, tahan bas, bas tak berhenti. Lepas tu, balik rumah kakak naik teksi. Sampai hati pak cik bas tinggal saya :'(



Saya pinjam kat Faceblog laluan bas Rapid ni =)