Tuesday 31 July 2012

Cantik Dalam, Cantik Luar

Assalamualaikum w.b.t =)

 Bismillahirrahmanirrahim
Dengan nama ALLAH yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. 

Allahumma Kama Hassanta Kholqi Fahassin Khuluqi 
Ya Allah Engkau telah memperbaguskan kejadian rupaku, maka baguskanlah budi pekertiku.
 
Peringatan untuk saya juga =) Bacalah doa ini ketika melihat wajah kita di cermin. Luaran kita boleh nampak handsomenya kita, cantiknya kita. Dalaman kita tak nampak. Moga dengan baca doa ni kita cantik kedua-duanya. Kalau dalaman dah cantik, luaran confirm cantik =)

Thursday 26 July 2012

Kad Raya Top 20 Commentators

Assalamualaikum w.b.t =)

Pengumuman! Pengumuman! Disebabkan saya tak pernah buat GA, Segmen dan Contest, sempena nak raya ni walaupun baru 6 Ramadhan, saya nak bagi kad raya kat Top 20 Commentators. Nanti nama-nama kat bawah ni emailkan saya nama, alamat, url blog, phone no (terpulang pada individu). Send kat nurulhusnamohdhassan@gmail.com ye. Jangan malu jangan segan. Cepat hantar beramai-ramai =)



Yang dah potong-potong potong tu, diorang dah bagi details kat saya =)

Tuesday 24 July 2012

Nama Syaitan Dalam Surah Al-Fatihah

Assalamualaikum w.b.t =)

Saya dapat ni dari email. Untuk perkongsian kita semua termasuk saya. Yang baik kita kongsikan, yang tak baik kita elakkan. Yang salah kita sama-sama betulkan. Semoga kita menjadi orang yang sentiasa membaiki bacaannya =)

1) DU LI LAH (bila dibaca tiada sabdu) sepatutnya DULILLAH

2) HIR ROB (bila dibaca dengan sabdu) sepatutnya HI ROB

3) KIYYAU (bila dibaca dengan sabdu) sepatutnya KI YAU

4) KANNAK (bila dibaca dengan sabdu) sepatutnya KA NAK

5) KANNAS (bila dibaca dengan sabdu) sepatutnya KA NAS

6) IYA (disebut tanpa sabdu) sepatutnya IYYA. IYA bermaksud 'matahari'  
  • Dalam ayat ke 5, jika salah bacaannya akan bermaksud "kepada mataharilah yang kami sembah dan kepada matahari kami meminta pertolongan"

7) SIROTHOLLAZI (hendaklah dibaca tanpa henti sehingga habis)

8) AMIN. Hendaklah mengaminkan Al-Fatihah dengan betul iaitu AA (dua harakat), MIN (3 harakat). Semoga AMIN kita bersamaan dengan AMIN malaikat. Insya-Allah.

Friday 20 July 2012

Salam Ramadhan

Assalamualaikum w.b.t =)

Salam Jumaat semua. Hari baik bulan baik. Tup tup esok dah nak puasa. So, saya nak ucapkan selamat berpuasa untuk semua, puasa jangan tak puasa. Sama-sama kita berebut untuk tambah amalan tambah pahala. Jauhi yang mungkar. Anggaplah ni Ramadhan terakhir supaya kita lebih menghayati Ramadhan. Malam ni dah start solat tarawih. Jom sama-sama kita memeriahkan masjid untuk cari keredhaan dariNya =)

Puasa dan kurma memang tak dapat dipisahkan, macam irama dan lagu jugak. Kalau nak tahu lebih detail boleh baca Khasiat Kurma ni =)

Niat Puasa Sebulan:
Sahaja aku berpuasa sebulan Ramadhan seluruhnya kerana Allah Taala.

Niat Puasa Esok Hari:
Sahaja aku berpuasa esok hari menunaikan fardhu Ramadhan tahun ini kerana Allah Taala.

Wednesday 18 July 2012

Segmen : Nostalgia Ramadhan

Assalamualaikum w.b.t =)

Terima kasih C'jai sebab ajak saya join Segmen Nostalgia Ramadhan ni. Seronok bila ingat kenangan lepas-lepas ni, boleh buat kita gelak sendiri sebenarnya. Jom kawan-kawan join sebab segmen ni tamat 22 Julai 2012 ni =)


Nostalgia pertama bermula. Cerita ni masa sekolah rendah. Kalau kat kampung dalam bilik mandi ada kolah besar untuk takung air kan? Air kolah tu memang sejuk sangat-sangat. Bila tengah hari memang lama duduk dalam bilik air, kalau boleh nak tidur dalam tu sampai buka puasa. Tapi saya pulak pergi berendam dalam kolah tu feeling ala-ala swimming pool. Masa dalam kolah tu, buat-buat la curah air ke luar, konon-kononnya mandi la tu. Baik punya cover la ni. Sambil-sambil tu kumur-kumur mulut. Gulp! Gulp! Gulp! Tertelan air pulak. Bukan sekali tapi berkali-kali. Saja je taktik nak minum air sebenarnya. Hehe. Anak sapa ni? Teruk betul perangai =) 

Ok, lagi satu yang saya nak cerita ni masa saya sekolah rendah jugak. Bila pagi semangat bangun sahur, bila dah tengah hari, kat sekolah, mula la badan jadik macam sotong tak ada tulang, lembik je. Bila balik sekolah, beli la ice-cream 10 sen perisa asam masin tu, nak buat bukak puasa katanya. Wayang je semua tu depan kawan-kawan. Sekali balik rumah, apa lagi, ice-cream tu macam melambai-lambai suruh makan dia secepat mungkin. Sebab tak tahan dengan godaan ice-cream tu, tiba-tiba tangan mencapai dan automatically ice-cream masuk ke mulut. Lega rasanya, terus ada tenaga. Siap makan kat luar tu, dengan tak pakai bajunya, pakai kain sekolah je masa tu. Sekali datang lebah sengat kat pinggang saya. Adoi! Ha, kan dah kena sengat. Siapa suruh tak puasa. Lebah pun marah, Allah lagi la marah =)
  
Alang-alang dah buat entri ni, saya nak ucapkan Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak untuk seluruh umat islam di seluruh dunia. Maafkan saya jika ada terkasar bahasa, tersalah kata. Eh! Dah macam ucapan raya pulak. Ok la, sebelum melarat sekarang saya nak tag Jue HamzahWanie, Cik Lala, Ros_reeza, Anis =)

Tuesday 17 July 2012

Hadiah Dari Blogger MamaEma

Assalamualaikum w.b.t =)

Terima kasih banyak-banyak MamaEma sebab hadiahkan brooch kat saya. Cantik dan besar. Boleh la buat melaram masa raya ni. Kenapa saya dapat brooch ni? Sebab saya jadi follower ke-1111 blog MamaEma =)


 Siap ada kad lagi ;)

Monday 16 July 2012

Segmen Ayu : Saya Blogger Dari Pahang

Assalamualaikum w.b.t =)

Terima kasih banyak-banyak untuk Ros_reeza dan C'jai sebab tag dan inform saya pasal Segmen Ayu ni. Semangat nak buat entry ni =)


Saya blogger dari Jerantut, Pahang. Mak ayah saya pulak orang Batu Pahat, Johor. Tempat-tempat menarik yang ada kat Pahang ni salah satunya Cameron Highland. Taman Negara pun best jugak sebab banyak aktiviti. Lagi satu kalau nak tengok gajah boleh datang ke Kuala Gandah. Boleh naik gajah, bagi makan gajah, mandi dengan gajah =) Makanan yang famous kat Pahang ni gulai tempoyak ikan patin. Kalau makan sekali, confirm tambah 3 4 kali =) Ok, dah siap cerita sikit-sikit, sekarang saya nak tag Wanie sebab dia baru lagi dalam berblog ni. Moh ramai-ramai kita join =)

Ni la bendera & jata Negeri Pahang. Saya pinjam gambar ni kat Google je =)

Friday 13 July 2012

Terima Kasih & Maaf

Assalamualaikum w.b.t =)

Sebelum saya taip panjang lebar, saya nak sampaikan ucapan terima kasih dari kakak untuk korang semua sebab wish dan doa untuk dia. Mintak maaf sebab saya tak dapat nak singgah blog korang semua. Yang mana sempat, saya akan singgah dan tinggalkan komen. Pada siapa-siapa yang follow saya tapi saya tak follow balik, tolong inform saya atau tinggalkan link ye. Mana tahu ada yang saya terlepas pandang. Rasa serba salah kalau orang datang blog saya tapi saya tak singgah balik dan follow blog diorang. Ibaratnya macam orang datang rumah kita tapi kita tak layan. Saya tak nak jadik macam tu. Saya bukan sombong tapi kelapangan masa tu tak ada. Lagi satu kalau yang saya tak follow balik, maknanya pc ni ada masalah sebab bila saya bukak blog korang tiba-tiba access restricted. Apo kono eh jang? Saya pun tak tahu kenapa jadi macam tu. Tapi saya dah buat list blog-blog yang jadik macam tu =) Mintak maaf banyak-banyak ye semua. Saya hargai dan sayang korang semua. Kalau ada komen kat blog korang dari saya, macam ni la cara yang saya buat.

1) Orang yang tinggalkan komen kat blog saya, saya akan singgah balik blog dia. Cara ni paling cepat saya rasa.
2) Saya akan tengok kat shoutbox ada tak orang-orang baru yang singgah.
3) Saya akan tengok all blog updates kat dashboard.
4) Kalau betul-betul lapang, saya akan tengok satu-satu blog ikut turutan nama sampai habis.

Thursday 12 July 2012

Wedding Day : My Sister

Assalamualaikum w.b.t =)

Alhamdulillah dengan izin Allah majlis berjalan dengan lancar. Dengan 2 kali lafaz kakak saya sah jadi isteri orang pada umur 30 tahun. Lepaslah tanggungjawab ayah pada kakak saya. 7 tahun rumah sunyi tanpa kenduri kahwin, 7 tahun jugak mak ayah tunggu anak-anak kahwin. Sekarang mak ayah boleh senyum gembira dan tak risau fikir pasal anak-anak. Thank you Allah =)

 Akad Nikah (07 Julai 2012)

Majlis Bersanding (08 Julai 2012)

Thursday 5 July 2012

Walimatul Urus

Assalamualaikum w.b.t =)

Jangan terkejut ye sebab ni bukan majlis saya. Saya nak jemput rakan-rakan blogger datang ke majlis perkahwinan kakak saya Ahad ni. Datang jangan tak datang. Siapa-siapa nak datang boleh contact saya (Nurul) atau nombor-nombor kat bawah ni. Doakan semoga majlis hujung minggu ni berjalan lancar. Terima kasih pada yang mendoakan =)




Alang-alang dah buat entry ni, follower yang ke-100, CharlieAngleo tolong pm saya nurulhusnamohdhassan@gmail.com ye =) Terima kasih pada follower-follower sebab korang semua kakak, abang dan adik yang baik. Banyak kongsi ilmu, info dan nasihat yang berguna =)