Wednesday, 26 October 2011

Raya Raya Cari Makan

Assalamualaikum w.b.t =)

Seminggu 2 lepas raya mesti ade undangan-undangan rumah terbuka. Dah tuan rumah jemput kena la datang. Orang cakap tak baik tolak rezeki =) Open house ni sebenarnya nak mengeratkan silaturrahim & berkongsi rezeki dengan orang lain. Makanan memang sedap & mantap la. Rendang, nasi impit, kuah kacang, laksa dan macam-macam la. Sampai dah tak larat nak makan & kebiasaannya kami semua still larat untuk bergambar =)

Open House Rumah Kak Aida 
Kak Aida (Baju Kelabu)


Open House Rumah Shawal

Monday, 10 October 2011

Hari Ber-Volleyball

Assalamualaikum w.b.t =)

Entry ni pasal volleyball match antara department. Memang seronok sebab semua enjoy. Macam-macam aksi ada. Kuak lentang, kupu-kupu, rama-rama, kungfu dunk pun ada =) Semua dah macam pemain kebangsaan aku tengok. Walaupun department aku tak menang tapi kami happy sangat-sangat sebab dapat memanfaatkan masa untuk bergambar =)

@ Coco Beach




Wednesday, 21 September 2011

Farewell & Birthday Party

Assalamualaikum w.b.t =)

Mari dekat mari rapat. Jangan malu jangan segan. Macam nak jual ubat la pulak. Aku bukan pandai mengarang panjang lebar macam blogger-blogger lain. Ayat diaorang semua best-best, kreatif & mantap. Kalau suruh aku buat esei mestilah aku orang paling lambat memerah otak cari idea. Nak dipendekkan cerita, entry ni pasal kawan-kawan yang nak resign. Selalunya kami celebrate dengan birthday sekali. Jimat kos =) So kami buat la makan-makan untuk diaorang ni. Lepas ni tak tahu bila lagi boleh jumpa. Mungkin makan-makan ni kenangan terakhir dengan diorang semua. Lepas makan, macam-macam la diaorang ni kena. Kena baling telur. Simbah air. Campak dalam swimming pool. Yang tak terlibat pun terkena tempias baling membaling, simbah menyimbah & campak mencampak ni. Ini tidak adil tidak adil bagiku. Tiba-tiba Yuna keluar. Haha.

Farewell En.Din : 4 Aug 2010 : KFC Teluk Cempedak

Farewell Kak Zu & Pawi : 4 Aug 2010 : KFC Teluk Cempedak

Farewell Wani : 22 Mar 2010 : KFC Teluk Cempedak



Farewell En.Faizut : 22 Mar 2011 : KFC Teluk Cempedak



Farewell Chef Fizie : 3 Apr 2011 : Garden Tom Yam

Farewell Yana : 21 June 2011 : Sempurna Resort, Pekan

 Farewell Adam : 21 June 2011 : Sempurna Resort, Pekan

Friday, 10 June 2011

Kuku & Sanggul

Assalamualaikum w.b.t =)

Hukum Memotong Kuku atau Memotong Rambut Ketika Haid

~Sumber : Potong Kuku Ikut Sunnah Nabi~

Memotong kuku dan rambut dibenarkan ketika haid apabila ada keperluan untuk berbuat demikian. Kuku dan rambut yang sudah dipotong tidak perlu dibawa sekali ketika mandi.
(Sumber / Rujukan : Dr. Abdul Salam Muhammad Shukri)

Hukum Bersanggul Tinggi

~Sumber : Hukum Bersanggul Tinggi~

~Sumber : Hukum Bersanggul Tinggi~

Tak menjadi masalah bersanggul, tetapi jangan sampai menarik pandangan lelaki lain atau orang yang bukan mahram anda. Kalau dia boleh menarik pandangan orang bukan mahram anda, maka anda wajib mengubah sanggul anda tersebut, kerana ia boleh mendatangkan kemudharatan kepada anda dan boleh mendatangkan dosa.
(Sumber / Rujukan : Ustaz Nor Amin Sayani bin Zainal)