Thursday 26 April 2012

Yang Ku Sayang

Assalamualaikum w.b.t =)

Aku sayang mereka. Mereka yang menjaga aku dari sekecil tapak tangan, sampai aku besar macam ni. Bersengkang mata menjaga aku di kala aku sakit. Mereka semakin tua, semakin bertambah kedut-kedut di muka, semakin bertambah kedut-kedut di tangan dan semakin bertambahlah usia  mereka dari hari ke hari. Ya Allah aku mohon pada-Mu, moga dipanjangkan usia mereka, diberi kesihatan yang baik, dimurahkan rezeki. Berilah mereka kekuatan dalam menghadapi setiap ujian dari-Mu.

Ayah : 61, Emak : 60

Wednesday 25 April 2012

Satu Masa Dulu : Bukit Melawati, Kuala Selangor

Assalamualaikum w.b.t =)

Sapa-sapa ke Kuala Selangor, singgah-singgah la kat Bukit Melawati ni. Apa yang menarik kat sana? Ha meh teman cerita. Kat Bukit Melawati ni banyak monyet, tu la yang tertarik menarik teruja sebenarnya. Aku datang sana pun sebab nak tengok monyet la. Padahalnya kat kampung pun aku boleh nampak monyet. Hihi. Aku datang jauh-jauh bukan nak tengok monyet semata-mata tau, tapi kebetulan pergi rumah kakak. Alang-alang dah ke sana, aku melawat la monyet tu sekali. Apa yang special monyet kat Bukit Melawati ni? Teman cerita jugak teman cerita. Bagi aku monyet kat sini special sebab terlalu banyak, ada warna hitam ada warna oren. Yang paling special suka kejar orang yang bawak makanan. Ni bukan special tapi menakutkan. Berapa kena bayar? Jangan risau jangan bimbang, tak perlu bawak duit seguni, cuma bayar untuk trem je, RM3 untuk dewasa, RM2 untuk budak. Tak silap aku la. Okeh settle.

Lepas dah pergi tengok monyet, bagi makan monyet, boleh la masuk muzium yang berdekatan kat situ. Macam-macam ada pasal sejarah Bukit Melawati. Kalau dah bosan masuk muzium, pergi tengok monyet balik. Ulang aktiviti yang sama sampai bosan. Ok, dah cukup bosan? Jom kita turun pulak pergi Taman Ikan, macam-macam ikan ada kat sini kecuali ikan jerung. Ikan paus pun tak ada, jangan la carik kalau pergi sini. Selain ikan ada jugak binatang lain. Yang aku ingat merak kayangan kalau tak silap. Over tau ayat. Alamak dah lebih 100 patah perkataan lak aku tulis. Hihi.

Bukit Melawati : 02 May 2010

Bukit Melawati : 16 Jan 2011
Monyet tak ada sebab hujan. Tidur lebih baik monyet cakap.

Monday 23 April 2012

Aku Orang Kampung

Assalamualaikum w.b.t =)

Siapa orang kampung? Saya! Siapa duduk kampung? Saya! Tapi sekarang ni tak la sebab aku kerja, merasa la duduk bandar. Kihkihkih jakun. Aku suka duduk kampung sebab kadang-kadang bila petang boleh bersantai-santai, layan kerenah anak-anak saudara minum air kelapa, makan isi kelapa tua. Haish! Putus urat nak korek isi kelapa tu. Sambil-sambil tu aku boleh raut daun kelapa buat penyapu lidi. Terserlah keayuan kat situ. Kalau orang kampung nampak sure beratur nak buat calon menantu ni, tapi bila bab masak fail terus. Terus reject nak buat calon. Haha.

Saturday 21 April 2012

Satu Masa Dulu : Bukit Broga, Semenyih

Assalamualaikum w.b.t =)

Dulu famous pasal Bukit Broga, sekarang pun famous lagi & ramai yang still naik. Orang naik aku pun mesti la nak ikut naik jugak.  So, aku berjaya naik walaupun tercungap-cungap macam ikan kurang oksigen. Yes! Terbukti aku orang kampung sejati. So, kalau naik memang harus la bergambar kat celah-celah lalang tu termasuk aku.


 Broga Hill : 10th July 2011

Friday 20 April 2012

Satu Masa Dulu : Toy Museum, Penang

Assalamualaikum w.b.t =)

Disebabkan ketandusan idea dan tak ada aktiviti, aku buat entry pasal gambar dulu-dulu je la. Blog ni kan diary =) Okeh mari mulakan cerita. Dulu aku belajar kat Penang. Orang cakap alang-alang dah sampai tempat orang, pergi la jalan-jalan tengok tempat orang. Rugi oo tak jalan-jalan. Disebabkan imanku senipis kulit bawang, tergoda dengan hasutan-hasutan, aku pun pergi la menjejak kaki ke Toy Museum. Macam-macam patung ada. Sapa-sapa yang ke Penang boleh la singgah kat Toy Museum ni. Dulu nak masuk bayar RM10@RM20 tak silap aku, sekarang tak tahu kalau dah naik harga. Rugi oo tak pergi. Pergi la pergi la. Aku pulak hasut. Hehe.

 Hanya sebahagian. Comel-comel kan? Bangga la Mr.Bean tu cakap dia comel!

 Eqin! My bestie friend dari sekolah teknik. 9 tahun dah jadi kawan. Budak Key Ell!
Sama tak muka diorang? Hehe.

 Oh! My Savior!

Ini preng-preng aku dan Eqin. Alep Jambu. 5 tahun dah kawan. Budak Perak!

Friday 13 April 2012

Annual Dinner Staff Party

Assalamualaikum w.b.t =)

Selasa baru ni, 10hb ada staff party. Tema pinky & blue. Wallah memang glamour habis la diorang ni kecuali aku. Aku macam biasa la, tak pandai nak fesyen-fesyen ni, pakai baju yang sedia ada je. Baju tu aku bawak pergi kerja, baju tu jugak la aku bawak pergi dinner. Lepas tu datang makan, tengok orang buat persembahan, tunggu grand lucky draw, sampai masa balik sebab katil memanggil-manggil. Tahun ni meriah berbanding tahun lepas sebab banyak hadiah, semua orang pun dapat. Aktiviti pun banyak, memang tak bosan. Aku asyik gelak-gelak je sampai kering gusi aku.

 Fesyen aku macam orang nak pergi sawah pun ye jugak.

Thursday 12 April 2012

Bowling Tournament

Assalamualaikum w.b.t =)

Akhirnya berjaya jugak update pasal bowling tournament ni. Kalau kemalasan dah menguasai, apa pun tak boleh. Tapi ni just short entry dan gambar masa tournament tu. Kumpulan aku tak menang pun. Nama group je ohsem tapi ohsem ke longkang. Hihi. Yang penting kita enjoy!!! 


Winner : Woman

Winner : Man


Saturday 7 April 2012

Bowling Again!!!

Assalamualaikum w.b.t =)

Awas!! Ni salah satu entry yang dah berkepam. Waduh-waduh orang cakap jangan mula, kalau dah mula asyik nak pergi je biar pun main caca merba sampai nak tersungkur atas lane. Memalukan orang kampung je. Hihi. Esoknya, 3hb ada tournament sebab tu training lagi, bajet boleh jatuhkan 200 pin. Jangan nak perasan la oit kalau kerja asyik cuci longkang je.





 Wah! Baru boleh kembang semangkuk. 2 mangkuk lagi la boleh. Hikhikhik.