Saturday 28 January 2012

Akhirnya

Assalamualaikum w.b.t =)

Akhirnya, setelah sekian lama dapat jugak berkumpul berempat. Yang paling penting aku dapat jumpa dengan C-dah. Selalunya kalau diorang bertiga ada, aku pulak tak ada sebab balik kampung. Aku memang rajin balik-balik kampung ni. Kampung suami akan datang la, mungkin dalam setahun dua lagi kalau diizinkan Allah. Insya Allah =) So, hari tu kami memang spend time berborak-borak dan pergi makan di Rasamas, Megamall Kuantan. Boleh tahan jugak la makanan kat situ. Sedap pun sedap, tak ada la sampai tak boleh telan. Rindulah nak kumpul macam ni lagi.

C-dah : Green Watch

Thursday 26 January 2012

Wedding Day : Nurul Farehah

Assalamualaikum w.bt =)

Alhamdulillah lepas lebih kurang 7 tahun tak jumpa kawan-kawan sekolah teknik Kuala Lipis, akhirnya jumpa juga. Itu pun sebab datang kenduri kahwin dia. Berseri-seri muka pengantin baru. Tak sangka orang yang senyap-senyap dah pun kahwin. Tahniah-tahniah =) Aku yang cinta-cinta monyet masa sekolah dulu pun tak kahwin-kahwin lagi. Kantoi betapa gatalnya masa sekolah. Tapi kita kena terima, tiap orang dilahirkan berpasang-pasangan, lambat atau cepat je. Sabar ye sebab Allah dah aturkan yang terbaik buat kita semua =)

Sebelum pergi jumpa pengantin baru (Farehah), aku pergi jumpa bakal pengantin baru (Ais) untuk bagi hadiah sebab aku tak dapat datang majlis dia 28hb ni. Ceria je muka Ais menghitung hari =) Punya excited jumpa sampai tak sempat nak ambil gambar, salam sampai 2 3 kali dah. Lepas jumpa Ais pass hadiah terus pergi rumah Farehah. Sebenarnya, hajat di hati cuma nak pass hadiah je pada pengantin baru & bakal pengantin. Tapi sampai je rumah Farehah kena makan pulak. Nak tak nak kena la masuk. Tak baik tolak rezeki =) Dah la pakai seluar jeans, kalau mak tahu mesti kena tazkirah 3 hari 2 malam ni.

Masa sampai rumah  Farehah semua majlis dah selesai, khemah pun dah cabut, pengantin pun dah tukar baju. Mana tak tukar baju sebab aku sampai pun dah 6 lebih. So, bergambar jugak la untuk kenang-kenangan. Tengok pelamin dia simple but nice. Tema hijau putih. Esok bila aku kahwin, aku nak buat simple but memorable (tiru ayat fasha sandha). Semoga kawan-kawanku dengan pasangan diorang kekal hingga akhir hayat =)

Sunday 22 January 2012

Rombongan Cik Kiah

Assalamualaikum w.b.t =)

Entri ni bukan rombongan sekolah nak pergi KLCC ya, rombongan hantar meminang lagi la menyimpang. Cuma nak memenuhkan blog dengan gambar & kenangan dengan kawan-kawan. Tapi ni puasa & raya tahun lepas punya cerita. Raya rumah ke rumah dengan kawan-kawan sekolah lama. Tahun ni punya puasa & raya, aku akan update cepat-cepat. Akhirnya, tahun lepas dapat jugak buka puasa & beraya dengan kawan-kawan sekolah lama. Kalau tak, bila nak raya dengan kawan-kawan mesti aku & family balik kampung kat Batu Pahat, Johor. Sedih tak dapat join, tapi tahun lepas berjaya join. Terima kasih terima kasih =)

Cerita pasal raya kesian kawan aku, Ali (dalam bulatan kuning kepala dia). Dia nak sangat makan mee kari, aku cakap kat rumah aku ada mee kari. So, dengan semangatnya dia nak datang rumah aku makan mee kari. Ye ke Ali ko semangat macam tu? Sampai je kami kat rumah, tu dia segerombolan kawan adik aku dengan confidentnya makan mee kari. Last-last pergi dapur, tanya mak, mak cakap dah habis, kawan-kawan adik orang yang terakhir makan. Oh Ali maafkan aku, aku tak salah, mee kari tu yang salah sebab sedap sangat =) Tahun ni ada satu kawah untuk ko ye.

Buka Puasa : 27 Aug 2011

Rombongan Cik Kiah : 31 Aug 2011

Thursday 19 January 2012

Blood Donation

Assalamualaikum w.b.t =)

Oo yeay. Berjaya derma darah untuk kali kedua. Sebenarnya takut bila kena cucuk jarum, tapi disebabkan nak menderma kena la kuatkan hati juga. Dalam takut-takut tu rupanya ada orang yang lebih takut dari aku. Memang excited sangat nak derma darah hari tu, nak penuhkan buku derma darah tu sebenarnya. Tapi sempat ke nak bagi penuh? Bukannya hari-hari boleh derma darah. Jangan tamak jangan tamak, tu amalan syaitan =)

Kenapa kena derma darah? Derma darah ni bukan paksaan, tapi sukarela. Kalau kita derma darah hari ini, hari esok atau lusa atau bila-bila, mungkin darah kita tu boleh tolong orang-orang yang memerlukan. Satu contoh kalau orang kemalangan, hilang banyak darah, darah kita tu sebagai penyelamat la. Hari ini hari orang, hari kita, kita tak tahu lagi bila =) Tapi bukan semua darah boleh diterima oleh penerima darah. Tengok jadual ya =)

Sumber : Penderma & Penerima


Lagi satu, bukan semua orang boleh menderma darah sebab ada syarat-syarat kalau nak menderma ni. Kalau nak tahu syarat-syarat, cara pemakanan dan perkara berkaitan darah ni boleh tengok Wikipedia, Altalidi, Halaqah dan search je kat Google lagi senang. Taip je  benda-benda berkaitan dengan darah beratus-ratus page akan keluar :).

P/s : Nurse suruh minum air banyak-banyak, tapi jangan paksa minum sampai mati lemas pulak =)

Wednesday 18 January 2012

E-Day : Siti Farhana Zainal Bakri @ Hana

Assalamualaikum w.b.t =)

Ni majlis tunang kawan aku, Hana. Tapi tahun lepas dia tunang, 2 Oktober 2011. Insya Allah bulan 3 tahun ni akan diijab kabulkan. Dia buat majlis tertutup, hanya family belah lelaki dan perempuan. Kawan-kawan yang terdekat pun dia ada ajak tapi tak ramai. Salah seorang kawan dia yang bertuah tu adalah aku =) Entri ni aku terlambat update sebab dulu aku tak serajin macam sekarang. Walaupun dah lama cerita ni, aku tetap nak update jugak untuk tatapan aku sendiri =)


Tuesday 10 January 2012

Farewell : Rosnani Jusoh

Assalamualaikum w.b.t =)

Seminggu lepas tahun baru. Pembuka farewell pertama 2012. Kali ni kak Nani (Credit Officer) pulak. Kak Nani dapat kerja lain, last day sabtu baru ni. Kami tak buat makan-makan kat luar pun kali ni, just buat makan-makan kat office je hari jumaat tu. Macam-macam jugak makanan hari tu. Ada mihun goreng, nugget, karipap, kuih seri muka & banyak la lagi. Paling wajib tiap kali makan-makan semestinya kek yang ditempah khas dari Secret Recepi. Nyum nyum memang sedap tapi tetap makan 1 slice je. Jaga badan katakan. Padahalnya badan dah nak sama dengan hippo dah. Gambar beramai-ramai pun tak sempat ambil, punya la fokus pada makanan. Apa-apa pun kami doakan kak Nani seronok kat tempat baru & take care kat tempat orang =)

Monday 9 January 2012

Wedding Day : Nor Hafizah Sulaiman

Assalamualaikum w.b.t =)

Apa yang kami janjikan,kami dah tunaikan. Semalam 8 Januari 2012, kami pergi kenduri kahwin kak Fiza di Muar. Entry 2 minggu lepas kami baru buat farewell kak Fiza & sekarang kami sampai di Muar. Penat o penat. Sampai rumah pukul 8 malam, pukul 9 dah tidur. Penat mengalahkan orang yang drive kereta. Kak Fiza memang cantik, serius memang lain sangat sebab make up. Seri pengantin orang cakap. Suami kak Fiza pun sporting la, terbaik!!

Lepas makan kak Fiza ajak bergambar. Kami semua ni memang pantang kalau bagi bergambar. Pelamin tu je kami conquer, tak bagi peluang pada yang lain. Maafkan kami orang-orang Muar, kami terpaksa. Dah puas hati makan & bergambar, kami balik. Sebelum balik Kuantan sempat la singgah kedai kerepek kegemaran kak fiza dan Hutan Lipur Gunung Ledang. Kat situ ada resort & air terjun. Sejam je kat sana sebab hujan, lagipun kami semua pun dah penat. Apa-apa pun, kami doakan kak Fiza berbahagia & semoga ikatan perkahwinan ni kekal hingga akhir hayat =)

Tunang : 22 Nov 2011

Majlis Nikah : 08 Jan 2012



@ Hutan Lipur Gunung Ledang

Wednesday 4 January 2012

Photoshoot : Emylia Natasya & Aidyl Aqim

Assalamualaikum w.b.t =)

Ni bukan photoshoot untuk majalah Pa & Ma, Bintang Kecil tak jugak. Majalah Mangga jauh sekali. Just suka-suka, bosan-bosan waktu petang. Ni la hasilnya. Anak-anak saudara harus la jadik sasaran.


Monday 2 January 2012

Welcome 2012, Goodbye 2011

Assalamualaikum w.b.t =)

Waaa sedihnya dah masuk 2012. Say welcome to 2012, say goodbye to 2011. Berdebar-debar rasanya sebab umur dah tambah lagi setahun. Sedih sebab belum kahwin lagi. Oo ceh gatal la pulak. Apa-apa pun tahun baru azam baru. Tiap-tiap tahun azam baru, banyak pulak azamnya tu, tapi tercapai 1 atau 2 je. By the way, Happy New Year 2012. Make it better than last year =)

Sumber : Happy New Year 2011