Friday 30 December 2011

Farewell : Nor Hafizah Sulaiman

Assalamualaikum w.b.t =)

Tinggal sehari je lagi kita nak sambut new year & ni adalah farewell yang terakhir bagi tahun 2011. Semalam 29 Dec 2011 bersamaan hari khamis, kami buat farewell lagi. Kali ni farewell Nor Hafizah Sulaiman (Account Assistant). Tapi kami kat office panggil dia kak Fiza. Takkan nak panggil nama penuh kot, macam nak ambil attendance masa sekolah je. Kali ni kami buat farewell makan ikan bakar pulak di Ana Ikan Bakar Petai, Tanjung Lumpur. Tapi tak semua dapat join sebab ada hal masing-masing.

Kak Fiza resign sebab nak kahwin dah. Kena ikut husband & jadi full housewife. Sedih la sebab kak fiza very caring person, suka gelak & rajin walaupun kadang-kadang sedikit garang. Garang ke? Lepas ni dah tak ada la orang sapu office, kumpul sampah & kemas-kemas. Lagi satu kak Fiza ni pembekal kerepek-kerepek. So, kami suka la ambil kesempatan mengorder banyak-banyak. Tapi bukan free tau, semuanya berbayar. Masuk toilet pun kena bayar 30 sen sekarang, ada hati nak free. Kak Fiza nanti jangan lupa kami kat sini tau, rindu-rindu la kami selalu, melawat la kami selalu, bawa stock kerepek selalu-selalu jugak. Kami doakan majlis kak Fiza 7 & 8 Dec ni berjalan dengan lancar dan mendapat keberkatan dunia akhirat. Tunggu kedatangan kami. Muar kami datang!!!!

Farewell Kak Fiza : 29 Dec 2011 : Ana Ikan Bakar Petai, Tanjung Lumpur



Andai Kau Tahu

Assalamualaikum w.b.t =)

Hari ni dan hari-hari sebelumnya aku memang suka menjenguk-jenguk blog orang. Tiba-tiba aku terblogwalking kat Aida Azianti punya blog. Aku terbaca blog dia pun dari friend list kawan aku, Noaisah Abu Bakar. Kat sini aku dah copy & paste & edit sikit untuk blog ni. Kalau nak tengok yang original dari mana aku copy, sila terjah kat blog Aida Azianti ni.

Apabila seorang perempuan jatuh cinta, lelaki itu tidak semestinya punya segalanya tetapi lelaki itu adalah segalanya di hatinya.

ANDAI LELAKI TAHU 
Andai lelaki tahu. Apabila seorang perempuan itu mengalirkan air mata, itu bukan bermakna dia lemah, tetapi dia sedang mencari kekuatan untuk terus tabah menyintai lelaki itu.

Andai lelaki tahu. Apabila seorang perempuan marah, memang dia tidak mampu mengawal perasaannya tapi percayalah, itulah maknanya dia sangat mengambil berat dan menyayangi lelaki itu. Lihat saja pasangan yang baru bercinta, mereka jarang bergaduh. Tetapi percayalah semakin bertambah sayang mereka pada seseorang, semakin pula banyak pertelingkahan yang berlaku.

Andai lelaki tahu. Apabila perempuan bercakap banyak, dia tidak pernah bermaksud untuk membuat anda rimas, tapi dia mahu lelaki mengenalinya dengan lebih dekat.

Andai lelaki tahu. Apabila perempuan berkata dia mahu anda berubah, itu bukan bermakna dia tidak mahu menerima anda seadanya, tetapi dia mahu menjadikan anda lebih baik,bukan untuk dirinya, tetapi untuk masa depan anda.

Andai lelaki tahu. Apabila perempuan cemburu dan tidak percayakan anda, bukan bermakna dia tidak sayang, tetapi dia terlalu sayangkan anda dan masih mengangap anda anak kecil yang masih memerlukan sepenuh perhatian. Kadang-kadang dia terlalu risau sekiranya terlalu percaya, anda akan mengkhianati kepercayaan yang diberi. Naluri keibuannya sangat kuat. Dia hanya mahukan yang terbaik untuk anda.

Andai lelaki tahu. Apabila perempuan merajuk, jangan kata dia mengada-ngada. Dia bukannya mahu dipujuk dengan wang ringgit atau hadiah sedozen, tetapi cukup dengan perhatian yang boleh buat perempuan rasa dihargai.

Andai lelaki tahu. Apabila perempuan jarang mengatakan i love u, itu tidak bermaksud dia tidak menyintai anda, tetapi dia mahu lelaki itu merasai sendiri cintanya, bukan hanya hadir dari kata-kata tetapi juga melalui bahasa tubuhnya.

Andai lelaki tahu. Apabila perempuan kata dia rindu sama kamu, dia benar-benar maksudkannya. Apabila berjauhan, bayanganmu akan sentiasa bermain di mata.

Andai lelaki tahu. Apabila perempuan kata lelaki lain itu lebih baik dari kamu, jangan percaya kata katanya kerana dia hanya mahu menguji kamu. Dia mahu melihat sejauh mana kamu sanggup menjadi yang terbaik di matanya. Walaupun sebenarnya memang kamulah yang terbaik di hatinya. Selagi dia dengan kamu, percayalah, walaupun perempuan menganggap masih ramai lagi lelaki yang lebih baik di matanya tetapi di hatinya, kamu tetap yang terbaik.
 
Andai lelaki tahu. Apabila perempuan menjadi degil, dia bukan bermaksud untuk menjadi degil tapi dia mahu melihat sejauh mana lelaki itu mampu bersabar dengan kerenahnya. Percayalah, hati perempuan itu sangat lembut. Andai kena caranya, jangan terkejut kalau akhirnya dia menukar fikirannya dalam masa sesaat.

Andai lelaki tahu. Apabila perempuan berkata, “tolong tinggalkan saya!”, dia tidak bermaksud menyuruh anda pergi selamanya. Dia hanya mahu menenangkan fikirannya sebentar saja. Apabila dia kembali tenang, percayalah dia akan mencari anda semula Itu tandanya dia benar-benar menyintai anda. Perempuan sukar untuk mengawal perasaan. Dia terlalu emosional. Tapi dialah yang paling menyayangi anda dan sangat sensitif dengan perubahan pada diri anda.

Andai lelaki tahu.Sememangnya Allah menciptakan lelaki dan perempuan itu dengan perbezaan yang tersendiri. Tetapi sekiranya mereka saling memahami, mereka akan saling melengkapi dan menyempurnakan. Perempuan itu diciptakan oleh Allah indah sekali. Di sebalik air matanya, tersimpan seribu satu kekuatan yang bakal menjadikan seorang lelaki itu merasa selamat bersamanya. Biarpun zahirnya perempuan itu tampak lemah tapi dia punya kekuatan tersendiri yang bisa menggoncang dunia dan mungkin bisa pula membuat lelaki menjadi lemah kerananya. Jadi hargailah kehadiran seorang perempuan dalam hidup anda kerana dia didatangkan bukan dengan kelemahan sahaja tetapi dia juga ada kekuatan untuk menyongkong anda dan membuatkan hidup anda lebih sempurna. Dialah yang bakal menjadi perempuan bekerjaya, isteri juga ibu yang terbaik untuk anak-anak anda.

ANDAI PEREMPUAN TAHU
Lelaki juga boleh menjadi seseorang yang begitu sensitif dan mengambil berat (prihatin). Jika seseorang lelaki meminati wanita, wanita itu tak semestinya cantik. Cukup dgn budi bahasa dan kesopanan yang tinggi. Malah lelaki boleh menyukai wanita yang mempunyai banyak persamaan dengannya sama ada dari segi pemikiran atau minat. Oleh itu, banyak yang boleh dibualkan atau dikongsi bersama.

Kebanyakan lelaki sebenarnya tidak mengetahui perasaan sebenar yang dirasakan oleh seorang wanita.

Lelaki boleh menerima penolakan dengan baik. Lelaki cuba menonjolkan sikap kelakiannya untuk menambat hati wanita. Lelaki memang dilahirkan dengan perasaan yang kuat terhadap wanita. Sebab itu mereka suka melihat wanita, menjeling wanita dan menonton Baywatch! Atau mencuci mata di tepi pantai atau swimming pool.

Kebanyakan lelaki resah bila berhadapan dengan situasi ingin mengajak wanita keluar kali pertama! Lelaki cuba meniru gaya selebriti atau berlagak macho hanya kerana ingin memikat hati wanita. Bila lelaki cakap “emm..tengoklah dulu”, itu seringkali bermaksud dia berkata tidak atau kurang setuju.

Bila lelaki cakap direct to the point dalam sesuatu hal, dia sebenarnya ingin bersikap jujur dan berterus-terang dan mengharapkan wanita memahami maksudnya.

Kebanyakan lelaki yg nampak ‘desperate’, datang dari sekolah all boys!

Adalah biasa lelaki cemburu terutamanya apabila perempuan asyik menyebut nama lelaki lain.

Lelaki tak boleh belajar kesemuanya pasal perempuan dari library atau buku semata-mata. Oleh itu, mereka selalu keliru dengan sikap perempuan dan tak faham kenapa perempuan bersikap begitu begini. Kadang-kadang lelaki perlu mengetahui lebih mendalam tentang bagaimana berhadapan dengan perempuan supaya hubungan dapat berjalan dgn lebih baik.

Betapa hebatnya lelaki itu bersikap romeo dan ‘flirting’ dengan ramai wanita. Dia tetap hanya ada seorang teman wanita yg istimewa, yang lain hanya kawan.

Bila lelaki tertengok dada wanita dan wanita itu sedar maafkan saja. Kebanyakan lelaki tak sengaja. Mereka merasakan kejadian wanita itu begitu indah.

Bila sesuatu hubungan putus di tengah jalan, lelaki juga rasa bersedih, cuma dia tak menunjukkannya kesedihannya di depan orang.

Bila seorang perempuan meminati seorang lelaki, perempuan itu patut bagi hint! Mana tahu lelaki itu juga menaruh minat. Senang usahanya nanti.

Adalah memalukan bagi lelaki jika tak berupaya menolong wanita.

Kebanyakan lelaki cukup lemah dengan air mata perempuan. Mereka lebih tewas sekiranya air mata itu mengalir dari perempuan yang dikasihi. Sebab itu dikatakan air mata senjata perempuan.

Lelaki bukanlah sempurna 100%, walau bagaimanapun rupanya atau pandangan luarannya. Jadi, perempuan janganlah mengharapkan semua yang hebat dari lelaki. Mereka juga normal dan mempunyai kelemahan.

Sumber : Muslim Muslimah

Thursday 29 December 2011

Wedding Day : Liyana Senawi @ Yana

Assalamualaikum w.b.t =)

Entri yang ni cuma nak cerita balik kawan yang dah berkahwin, Yana. Cerita yang dah berbulan-bulan lamanya baru aku nak cerita. Tapi tak salah kan untuk kenang-kenangan =) Esok kalau aku nak kahwin boleh jugak tengok-tengok, mana tahu timbul idea kat situ. Yana ni dulu dia Purchasing Assistant, kecil molek je orangnya. Lepas tu dia resign sebab dapat kerja kat tempat lain. Masa dia nak kahwin, dia invite kami pergi dia punya wedding day. Tema hijau putih, cantik jugak (mula berangan-angan). Masa dia tunang hari tu pun aku datang jugak, tema colour peach. Tapi kalau orang cantik pakai apa pun nampak cantik =) Apa-apa pun kami doakan semoga pasangan kekal hingga akhir hayat =)


Sambil Menyelam Sambil Makan

Assalamualaikum w.b.t =)

Baru-baru ni cuti balik kampung, dari cuti 2 hari aku up jadi 3 hari. Tapi aku ambil AL la, bukan cuti sesuka hati. Masa cuti tu sempat la luangkan masa dengan family, pergi makan je pun bukan melancong. Emak dengan gembiranya cakap tak payah masak la ni. So, kami pergi makan kat tepi kolam ikan je. Sambil makan sambil tengok orang memancing. Bak kata pepatah sambil menyelam minum air. Nak pergi makan kat hotel 5 star tak mampu.

Tapi walaupun makan kat tepi kolam ikan, memang tak rugi sebab memang sedap. Berbaloi-baloi. Bayangkan makan & minum untuk 7 orang cuma RM42 je. Kalau RM42 tu kat hotel 5 star mungkin untuk satu kepala. Mungkin jugak lebih dari tu. Tapi yang tak bestnya orang kedai tu salah bagi order. Kakak aku order nasi goreng pattaya, tapi orang tu bagi kakak aku nasi goreng ayam. Mungkin dia dengar kakak aku nak nasi goreng pattayam kot. Siapakah yang bersalah? Tapi kakak aku tak kisah yang penting sedap & kenyang. Kalau bagi kayu celup tepung pun kakak aku makan agaknya.



Wednesday 28 December 2011

Wedding Day : Halimi & Ieda

Assalamualaikum w.b.t =)

Musim cuti sekolah ni banyak sangat kenduri kahwin termasuklah adik abang ipar aku, Halimi a.k.a Pok Su. Kenduri sebelah perempuan 3 Dec & sebelah lelaki 11 Dec. Sebelum Majlis Bersanding & Makan Beradap, pagi tu ada Majlis Khatam Al-Quran. Memang meriah la kenduri ni, maklumlah anak bongsu. Tema hari tu white purple, memang cantik. Jatuh cinta rasanya. Tapi hari tu hujan sepanjang hari, ramai jugak yang patah balik sebab terpaksa jalan jauh, no parking.







Friday 23 December 2011

Duit Duit Di Mana Kau Duit

Assalamualaikum w.b.t =)

Pagi-pagi tadi, buka Harian Metro tengok front page tajuk 'BNM Perkenal Not, Syiling Baru'. Memang cantik wang kertas yang baru ni. Ada RM20 warna kuning di Raja lagi. Dulu RM20 ni warna coklat & dah lama menyepi. Sekarang keluar dengan wajah baru pulak. Siapa-siapa yang banyak duit & hobi penyimpan wang kertas, boleh la beli wang kertas ni untuk disimpan. Kalau ada yang berminat sila pergi ke ibu pejabat BNM ye =) Untuk berita yang lebih detail baca Harian Metro Online ni.

Sumber : Syiling Lama vs Syiling Baru

Sumber : Wang Kertas Lama

Sumber : Wang Kertas Baru

Sumber : RM20 Lama

Wednesday 21 December 2011

Sifat Semulajadi Wanita

Assalamualaikum w.b.t =)

Baru buat entry pasal kawan bertunang, tapi dah bersemangat nak kongsi pasal rumahtangga ni. Aku ni bukanlah ulat buku. Ulat bulu lagi la tak, tapi tiba-tiba aku terjumpa buku ni & baca. Menarik jugak buku ni, aku pun baca la yang mana aku suka sambil skip page. Salah satu tajuk yang aku suka dalam buku ni pasal sifat semulajadi wanita. Memang betul buku ni kata. So, kat bawah ada 5 sifat semulajadi wanita yang aku dah buat cute-cute guna paint nak tunjuk betapa bersemangatnya aku. Selamat membaca =)

Sumber : 1001 Rahsia Wanita


P/s : Please try this @ home especially yang berumahtangga =)

Tuesday 20 December 2011

E-Day : Siti Fatimah Yahya

Assalamualaikum w.b.t =)

Ni adalah salah satu entry yang terlepas. Masa Awal Muharam hari tu bersamaan 27 Nov 2011, kawan satu sekolah saya bertunang. So, dia jemput la kawan-kawan datang. Kebetulan aku cuti masa tu, aku datang la memeriahkan majlis. Meriah juga majlis hari tu, macam kenduri kahwin pulak aku tengok. Kami semua tak sangka, sebab kawan aku ni senyap-senyap je, dengar-dengar ajak datang rumah sebab nak bertunang. Kenal dengan En.Tunang tak lama pun, lepas tu En.Tunang hantar rombongan merisik masa Raya Haji, masa Awal Muharam hantar rombongan bertunang pulak. Ni namanya orang lelaki memang bersungguh-sungguh, tak payah berkawan lama-lama, ada duit terus je masuk meminang =) Berseri-seri je aku tengok muka tunang kawan aku. Apa-apa pun kami doakan mereka berbahagia & kekal hingga akhir hayat =)

Friday 9 December 2011

Kita Sama

Assalamualaikum w.b.t =)

Kita menghirup udara yang sama,
Kita mengira 7 warna pelangi yang sama,
Kita rasa panas dari cahaya matahari yang sama,
Kita dapat cahaya dari bulan yang sama,
Kita lihat kelipan-kelipan bintang yang sama,
Bila kita mati,kita dikapankan dengan jenis kain & warna yang sama.

P/s : Walaupun kita banyak harta, kita tetap sama di sisi Allah s.w.t. Salam Jumaat. Semoga hidup kita lebih diberkati =)

Friday 25 November 2011

Farewell : En.Farhan

Assalamualaikum w.b.t =)

Farewell again!! Kali ni farewell En.Farhan (Account Exec) pulak. So, kali ni kami buat makan-makan di Ms Garden Hotel, Kuantan. Kami pilih Chinese Tom Yam, Chicken Cheese, Lemon Chicken, Home Made Beancurd, Butter Squid, Baby Kailan Garlic Style & Salted Egg Prawn. Senang kata kami pilih Chinese Set untuk menu malam tu. Sedap dan tak berminyak. Dessert pulak kami makan Honey Dew Sago, memang terbaik la dengan vanilla ice-cream yang diblend. Sejuk-sejuk gitu =) Tapi hanya larat makan 1 mangkuk je sebab terlalu kenyang. Owh rugi-rugi. So, lepas ni tak tahu la farewell siapa pulak, wait & see ='(

Farewell En.Farhan : 17 Nov 2011 : Ms Garden, Kuantan

Friday 18 November 2011

Recognition Day & Samsung Galaxy Note

Assalamualaikum w.b.t =)

Jangan salah sangka pulak. Recognition Day ni bukan menang Samsung Galaxy Note. Nak dapat Nokia 3310 pun susah, jangan nak berangan la dapat Samsung Galaxy Note ni. Gambar nampak cantik bila ambil gambar guna tablet ni, lagi-lagi bergambar bawah cahaya lampu. Kulit yang berjerawat pun boleh nampak halus mulus macam kulit bayi. Dah tak payah pakai Oxy 10. Tablet ni hak milik En.Farhan (Account Executive), lelaki paling tinggi dalam department kami. Tinggi position pun ye, tinggi orangnya pun ye jugak =)

~Sumber : Samsung Galaxy Note~

Thursday 10 November 2011

Lawak #1 : Petua Kalau Terjatuh

Assalamualaikum w.b.t =)

Kalau tersepak batu : 
Jangan terus bangun, sebaliknya anda  baring dan terus berguling-guling hingga jauh dari perhatian ramai. Lepas tu baru bangun bila tak ada orang nampak.

Kalau terjatuh basikal : 
Cepat-cepat naik basikal anda semula dan jatuh lagi sehingga berkali-kali supaya orang ingat anda saja-saja buat lawak. 

Kalau terjatuh tangga : 
Terus bersilat seolah-olah anda dirasuk atau sedang berlawan dengan makhluk halus.

Kalau terjatuh dalam longkang :
Pungutlah sampah yang ada sambil marah-marah dengan suara yang kuat, pasti orang menyangka anda seorang yang amat prihatin terhadap kebersihan.

Kalau jatuh ketika nak naik bas : 
Jeritlah kuat-kuat macam ni "oi! apa tolak2 ni?" walaupun tiada orang di belakang anda.

Kalau terjatuh di depan bus stop : 
Terus buat-buat pengsan sehingga ada orang membantu anda. Kalau tak ada baring terus sampai malam dan kalau betul-betul confirm tak ada orang lagi kat bus stop tu ni la masa sesuai untuk bangun semula.

Kalau jatuh tergelincir kat lantai licin : 
Tarik la kawan atau sesiapa yg ada kat sebelah anda untuk jatuh bersama-sama supaya tak lah anda sorang je yang dapat malu.

Wednesday 9 November 2011

Farewell : Pn.Elya & Wendy

Assalamualaikum w.b.t =)

Tiap yang hidup pasti akan mati. Tiap pertemuan pasti ada perpisahan. Macam tu la jugak kami. Baru je nak jadi 1 family tapi akhirnya terpaksa berpisah. Dah macam ayat orang bercinta la pulak. Orang bercinta pun tak sesedih camni agaknya. Aku je yang terlebih emo. Dipendekkan cerita, bulan lepas 2 orang  resign dari Finance Department. Pn.Elya (Finance Manager) & Wendy (Account Officer). So, kami buat la makan-makan untuk kali terakhir dengan mereka di Sinar Mesra, Kuantan. Makanan kat situ boleh tahan jugak. Yang penting kenyang. Lepas ni tak tahu la turn siapa pulak. Sedih yang teramat sangat. Tapi apa-apa pun kami doakan yang terbaik buat mereka berdua =)

Farewell Pn. Elya 
Pn.Elya : Tudung Krim


En.Hairi, Pn.Elya & En.Mizi

Last Day Pn.Elya :'(

Wendy & Kak Jannah

Kak Jannah & Kak Fiza

En.Hairi, En.Farhan, En.Mizi & Kelvin


Farewell Wendy
Wendy : Baju Hitam

Abaikan meja tu! Kami memang tak suka membazir. Ngeee.

Friday 4 November 2011

Petua Imam Syafie

Assalamualaikum w.b.t =)

4 PERKARA UNTUK SIHAT

Empat perkara menguatkan badan  
1. Makan daging  
2. Memakai haruman  
3. Kerap mandi  
4. Berpakaian dari kapas
   
Empat perkara melemahkan badan 
1. Banyak berkelamin (bersetubuh)  
2. Selalu cemas  
3. Banyak minum air ketika makan  
4. Banyak makan bahan yang masam    

Empat perkara menajamkan mata  
1. Duduk mengadap kiblat  
2. Bercelak sebelum tidur  
3. Memandang yang hijau  
4. Berpakaian bersih    

Empat perkara merosakan mata  
1. Memandang najis  
2. Melihat orang dibunuh  
3. Melihat kemaluan  
4. Membelakangi kiblat    

Empat perkara menajamkan fikiran  
1. Tidak banyak berbual kosong  
2. Rajin bersugi (gosok gigi)  
3. Bercakap dengan orang soleh  
4. Bergaul dengan para ulama      

4 CARA TIDUR
   
Tidur Para Nabi 
Tidur terlentang sambil berfikir tentang kejadian langit dan bumi.  
Tidur Para Ulama' & Ahli Ibadah 
Mengiring ke sebelah kanan untuk memudahkan terjaga untuk solat malam. 
Tidur Para Raja Yang Haloba   
Mengiring ke sebelah kiri untuk mencernakan makanan yang banyak dimakan. 
Tidur Syaitan 
Menelungkup/tiarap seperti tidurnya ahli neraka.   

Saturday 29 October 2011

Purple Day

Assalamualaikum w.b.t =)

Hari yang cerah & begitu cerah. Hari yang sesuai jumpa kawan-kawan. Kali ni bersantai-santai di Pekan River Front & Taman Gelora Kuantan. Berborak, berkongsi & berbincang macam-macam dari hati ke hati, jantung, limpa bagai. Sambil borak sambil makan, sambil makan sambil gelak, sambil gelak mata tercari-cari lelaki yang ala-ala Brad Pitt =) Dah kenyang baru balik.

Hana & Tim
Pekan River Front

C-dah, Hana & Tim
Taman Gelora, Kuantan

Friday 28 October 2011

8 Penyebab Mudah Lupa

Assalamualaikum w.b.t =)

Jika anda selalu lupa sebaiknya jangan dibiarkan. Cari penyebab anda mudah lupa berdasarkan tanda berikut ini : 

Kadar gula darah tinggi 
Penyimpanan memori boleh terganggu akibat tingginya gula darah anda. Awas!!! Keadaan ini boleh menggangu bahagian otak yang berhubungan dengan memori. Jika mempunyai keturunan keluarga yang ada penyakit kencing manis, sebaiknya kawal kandungan gula anda. Lakukan juga ujian gula dalam darah secara rutin. Jangan lupa menjaga pola makan seimbang serta tetap aktif. Berjalan kaki adalah salah satu alternatif berkesan mencegah diabetes. 

Kurang berehat 
Otak memerlukan cukup tidur untuk menyimpan memori baru. Dalam satu kajian, seseorang yang tidur enam jam setiap malam selama dua minggu mungkin tidak merasa kurang tidur. Namun, setelah dilakukan ujian memori secara tetap, hasilnya mereka sukar mengingat memori jangka pendek. Tajamkan daya ingatan anda dengan kadar rehat yang cukup. Jika anda tidak boleh, cuba lakukan tidur pendek selama enam minit semasa tubuh terasa lemah. Cara ini boleh meningkatkan ingatan dan memacu proses memori penting dalam otak. 

Berdengkur 
Berdengkur tidak hanya mengganggu kualiti tidur, tapi juga boleh menurunkan daya ingatan. Semasa tidur berdengkur, saluran nafas anda akan terhalang, sehingga menahan oksigen beberapa saat untuk sampai ke sel-sel otak. Menurut kajian, lelaki lebih sering berdengkur dibandingkan wanita. Faktor berdengkur lain boleh terjadi kerana kelebihan berat badan atau berusia lebih dari 40 tahun. Jika anda atau pasangan menghadapi situasi ini, sebaiknya anda mendapatkan nasihat doktor. 

Metabolisme menurun 
Jika hal ini terjadi, kemungkinan anda memiliki masalah tiroid. Hormon tiroid mengawal metabolisme tubuh. Bila kuantitinya terlalu banyak atau terlalu sedikit ini boleh mengganggu sel-sel otak dan dapat memperlahankan masuknya maklumat ke otak. Tidak ada salahnya anda berjumpa doktor untuk mengatasi masalah ini. 

Usia lebih dari 65 tahun 
Di usia ini, manusia akan lebih sukar untuk menyerap vitamin B12 dari makanan. Kekurangan B12 serius dapat menyebabkan penyakit Alzheimer. Seiringnya bertambah usia, dapatkan nasihat dari doktor untuk mengetahui cara meningkatkan kandungan B12, misalnya dengan suplemen.
 
Mengalami depresi
Penderita depresi berat juga mengalami gangguan pada sel-sel otak. Bahkan, ketika depresi berlangsung, ada kemungkinan keadaan ini boleh membunuh sel-sel otak, sehingga menyebabkan daya ingatan ‘merosot’. Segera cari alternatif!!! Jika tidak, makin banyak sel-sel otak yang ‘hilang’, daya ingatan akan semakin berkurangan.  

Menggunakan ubat alergi atau pil tidur
Ubat-ubatan untuk mengatasi masalah seperti insomnia, alergi dan gangguan, boleh juga menyebabkan fungsi otak terganggu. Maka itu, sebelum mengunakan ubat ini sebaiknya dapatkan nasihat dulu daripada doktor agar daya ingatan anda tidak ikut terganggu.  

Terlalu banyak mengambil ubat 
Jika mengambil lima atau lebih ubat, anda berisiko tinggi mengalami gangguan daya ingatan. Pastikan doktor mengetahui semua ubat yang anda ambil. Jika sebuah iklan ubat nampak menarik, jangan terus terpikat. Sebaiknya minimakan pengambilan ubat atau hanya mengambil ubat sesuai dengan nasihat doktor.

P/s : Depresi : Kemurungan , Alzheimer : Penurunan fungsi saraf otak

Wednesday 26 October 2011

7 Perkara Tidak Boleh Diubah

Assalamualaikum w.b.t =)

Dalam hidup ini ada tujuh hal yang tidak boleh kita ubah iaitu:

Jenis kelamin dan jantina
Memang boleh buat pembedahan untuk mengubah kelamin. Tetapi tidak mampu mengubah roh (spirit) orang berkenaan. Terimalah dirimu, sama ada engkau wanita atau lelaki. 

Orang tua
Kamu mesti menghormati ibu bapa apa cara sekalipun! Jika orang tuamu seorang pemabuk, kaki judi atau pelacur, hormati mereka! Jika tidak situasi itu bakal terjadi dalam kehidupan kamu kelak. Nasihat dan teguran memang tidak boleh berhenti. 

Hari kelahiran 
Sudah ditetapkan Allah, sebelum dunia dijadikan kita tidak boleh memilih tarikh lahir kita. Ia memang sudah ditentukan dan jangan sesekali kita menyesalinya. 
 
Bentuk Fizikal 
Jika anda mempunyai rambut kerinting, terima sajalah. Jika hidung kamu kurang menarik atau kulit sawa matang terimalah seadanya. Memang kita lihat ramai orang ingin mengubah bentuk wajahnya, sama ada memancungkan hidung atau alis matanya dicukur habis tetapi tetap kelihatan aneh dan tidak semula jadi. 
 
Masa lalu 
Ini juga sudah ditetapkan Allah. Jangan menyesali masa yang sudah berlalu melainkan untuk menjadikannya sebagai pengajaran. Justeru, ‘berdamailah’ dengan masa lalu demi membina masa depan.   

Kedudukan dalam keluarga 
Kedudukan kita sebagai anak bongsu, sulung atau tengah, tidak boleh diubah dan terimalah seadanya.   

Suku bangsa 
Jangan sekali menyesal menjadi orang Melayu, Jawa atau Cina. Sebenarnya perkara yang kita boleh dan mampu ubah adalah cara kita berfikir. Jika berubah maka berubahlah hidup kita.
(Sumber / Rujukan : Ustaz Mohd Zawawi Jusoh)

Raya Raya Cari Makan

Assalamualaikum w.b.t =)

Seminggu 2 lepas raya mesti ade undangan-undangan rumah terbuka. Dah tuan rumah jemput kena la datang. Orang cakap tak baik tolak rezeki =) Open house ni sebenarnya nak mengeratkan silaturrahim & berkongsi rezeki dengan orang lain. Makanan memang sedap & mantap la. Rendang, nasi impit, kuah kacang, laksa dan macam-macam la. Sampai dah tak larat nak makan & kebiasaannya kami semua still larat untuk bergambar =)

Open House Rumah Kak Aida 
Kak Aida (Baju Kelabu)


Open House Rumah Shawal