Saturday 29 October 2011

Purple Day

Assalamualaikum w.b.t =)

Hari yang cerah & begitu cerah. Hari yang sesuai jumpa kawan-kawan. Kali ni bersantai-santai di Pekan River Front & Taman Gelora Kuantan. Berborak, berkongsi & berbincang macam-macam dari hati ke hati, jantung, limpa bagai. Sambil borak sambil makan, sambil makan sambil gelak, sambil gelak mata tercari-cari lelaki yang ala-ala Brad Pitt =) Dah kenyang baru balik.

Hana & Tim
Pekan River Front

C-dah, Hana & Tim
Taman Gelora, Kuantan

Friday 28 October 2011

8 Penyebab Mudah Lupa

Assalamualaikum w.b.t =)

Jika anda selalu lupa sebaiknya jangan dibiarkan. Cari penyebab anda mudah lupa berdasarkan tanda berikut ini : 

Kadar gula darah tinggi 
Penyimpanan memori boleh terganggu akibat tingginya gula darah anda. Awas!!! Keadaan ini boleh menggangu bahagian otak yang berhubungan dengan memori. Jika mempunyai keturunan keluarga yang ada penyakit kencing manis, sebaiknya kawal kandungan gula anda. Lakukan juga ujian gula dalam darah secara rutin. Jangan lupa menjaga pola makan seimbang serta tetap aktif. Berjalan kaki adalah salah satu alternatif berkesan mencegah diabetes. 

Kurang berehat 
Otak memerlukan cukup tidur untuk menyimpan memori baru. Dalam satu kajian, seseorang yang tidur enam jam setiap malam selama dua minggu mungkin tidak merasa kurang tidur. Namun, setelah dilakukan ujian memori secara tetap, hasilnya mereka sukar mengingat memori jangka pendek. Tajamkan daya ingatan anda dengan kadar rehat yang cukup. Jika anda tidak boleh, cuba lakukan tidur pendek selama enam minit semasa tubuh terasa lemah. Cara ini boleh meningkatkan ingatan dan memacu proses memori penting dalam otak. 

Berdengkur 
Berdengkur tidak hanya mengganggu kualiti tidur, tapi juga boleh menurunkan daya ingatan. Semasa tidur berdengkur, saluran nafas anda akan terhalang, sehingga menahan oksigen beberapa saat untuk sampai ke sel-sel otak. Menurut kajian, lelaki lebih sering berdengkur dibandingkan wanita. Faktor berdengkur lain boleh terjadi kerana kelebihan berat badan atau berusia lebih dari 40 tahun. Jika anda atau pasangan menghadapi situasi ini, sebaiknya anda mendapatkan nasihat doktor. 

Metabolisme menurun 
Jika hal ini terjadi, kemungkinan anda memiliki masalah tiroid. Hormon tiroid mengawal metabolisme tubuh. Bila kuantitinya terlalu banyak atau terlalu sedikit ini boleh mengganggu sel-sel otak dan dapat memperlahankan masuknya maklumat ke otak. Tidak ada salahnya anda berjumpa doktor untuk mengatasi masalah ini. 

Usia lebih dari 65 tahun 
Di usia ini, manusia akan lebih sukar untuk menyerap vitamin B12 dari makanan. Kekurangan B12 serius dapat menyebabkan penyakit Alzheimer. Seiringnya bertambah usia, dapatkan nasihat dari doktor untuk mengetahui cara meningkatkan kandungan B12, misalnya dengan suplemen.
 
Mengalami depresi
Penderita depresi berat juga mengalami gangguan pada sel-sel otak. Bahkan, ketika depresi berlangsung, ada kemungkinan keadaan ini boleh membunuh sel-sel otak, sehingga menyebabkan daya ingatan ‘merosot’. Segera cari alternatif!!! Jika tidak, makin banyak sel-sel otak yang ‘hilang’, daya ingatan akan semakin berkurangan.  

Menggunakan ubat alergi atau pil tidur
Ubat-ubatan untuk mengatasi masalah seperti insomnia, alergi dan gangguan, boleh juga menyebabkan fungsi otak terganggu. Maka itu, sebelum mengunakan ubat ini sebaiknya dapatkan nasihat dulu daripada doktor agar daya ingatan anda tidak ikut terganggu.  

Terlalu banyak mengambil ubat 
Jika mengambil lima atau lebih ubat, anda berisiko tinggi mengalami gangguan daya ingatan. Pastikan doktor mengetahui semua ubat yang anda ambil. Jika sebuah iklan ubat nampak menarik, jangan terus terpikat. Sebaiknya minimakan pengambilan ubat atau hanya mengambil ubat sesuai dengan nasihat doktor.

P/s : Depresi : Kemurungan , Alzheimer : Penurunan fungsi saraf otak

Wednesday 26 October 2011

7 Perkara Tidak Boleh Diubah

Assalamualaikum w.b.t =)

Dalam hidup ini ada tujuh hal yang tidak boleh kita ubah iaitu:

Jenis kelamin dan jantina
Memang boleh buat pembedahan untuk mengubah kelamin. Tetapi tidak mampu mengubah roh (spirit) orang berkenaan. Terimalah dirimu, sama ada engkau wanita atau lelaki. 

Orang tua
Kamu mesti menghormati ibu bapa apa cara sekalipun! Jika orang tuamu seorang pemabuk, kaki judi atau pelacur, hormati mereka! Jika tidak situasi itu bakal terjadi dalam kehidupan kamu kelak. Nasihat dan teguran memang tidak boleh berhenti. 

Hari kelahiran 
Sudah ditetapkan Allah, sebelum dunia dijadikan kita tidak boleh memilih tarikh lahir kita. Ia memang sudah ditentukan dan jangan sesekali kita menyesalinya. 
 
Bentuk Fizikal 
Jika anda mempunyai rambut kerinting, terima sajalah. Jika hidung kamu kurang menarik atau kulit sawa matang terimalah seadanya. Memang kita lihat ramai orang ingin mengubah bentuk wajahnya, sama ada memancungkan hidung atau alis matanya dicukur habis tetapi tetap kelihatan aneh dan tidak semula jadi. 
 
Masa lalu 
Ini juga sudah ditetapkan Allah. Jangan menyesali masa yang sudah berlalu melainkan untuk menjadikannya sebagai pengajaran. Justeru, ‘berdamailah’ dengan masa lalu demi membina masa depan.   

Kedudukan dalam keluarga 
Kedudukan kita sebagai anak bongsu, sulung atau tengah, tidak boleh diubah dan terimalah seadanya.   

Suku bangsa 
Jangan sekali menyesal menjadi orang Melayu, Jawa atau Cina. Sebenarnya perkara yang kita boleh dan mampu ubah adalah cara kita berfikir. Jika berubah maka berubahlah hidup kita.
(Sumber / Rujukan : Ustaz Mohd Zawawi Jusoh)

Raya Raya Cari Makan

Assalamualaikum w.b.t =)

Seminggu 2 lepas raya mesti ade undangan-undangan rumah terbuka. Dah tuan rumah jemput kena la datang. Orang cakap tak baik tolak rezeki =) Open house ni sebenarnya nak mengeratkan silaturrahim & berkongsi rezeki dengan orang lain. Makanan memang sedap & mantap la. Rendang, nasi impit, kuah kacang, laksa dan macam-macam la. Sampai dah tak larat nak makan & kebiasaannya kami semua still larat untuk bergambar =)

Open House Rumah Kak Aida 
Kak Aida (Baju Kelabu)


Open House Rumah Shawal

Monday 10 October 2011

Hari Ber-Volleyball

Assalamualaikum w.b.t =)

Entry ni pasal volleyball match antara department. Memang seronok sebab semua enjoy. Macam-macam aksi ada. Kuak lentang, kupu-kupu, rama-rama, kungfu dunk pun ada =) Semua dah macam pemain kebangsaan aku tengok. Walaupun department aku tak menang tapi kami happy sangat-sangat sebab dapat memanfaatkan masa untuk bergambar =)

@ Coco Beach