Friday 30 March 2012

Bowling 1 Malaysia

Assalamualaikum w.b.t =)

Pergh dah lama tak pegang bola bowling, semalam lepaskan gian segian giannya. Haish macam orang ambil dadah je aku ni. Main bowling ni pun sebab selasa depan ada tournament. Konon-kononnya training la ni. Haha bajet pemain kebangsaan betul, padahalnya tournament dengan staff-staff company je. Biar gambar je  bercerita, sakit tangan membowling semalam. Lepas ni nak taip guna kaki lak. Alasan paling tepat, sebenarnya malas nak perah otak. Hihihi.





 Game 1 : Alololo seciput je.

Game 2 : Hmm boleh la nak kembang-kembang hidung sikit.

P/s :  Kenapa tajuk macam tu? Sebab ada Melayu, Cina & India =)

Sunday 25 March 2012

Staff Day

Assalamualaikum w.b.t =)

Ha ni teman nak cerita pasal Staff Day. Staff Day ni hari untuk staff-staff berjimba-jimba, berseronok-seronok dan yang paling tepat sekali mandi-mandi la. Hari Selasa memang waterpark tutup kecuali cuti sekolah dan Public Holiday. Aku tak mandi pun, just jalan-jalan tengok diorang mandi. Ala-ala mak guard la, kalau ada orang lemas aku selamatkan (confirm tipu). Haha. Yang paling penting aku tunggu, mestila makan-makan je. Buruk perangai.

Aktiviti belah pagi tak seronok sangat sebab just mandi mandi dan mandi. Petang lak ada volleyball. Aku confirm la tak masuk, maklum la dah tua, tak larat nak serve bola. Mana la tak mudah dapat penyakit disebabkan orang-orang yang malas macam aku ni. So, disebabkan aku mandi pun tak, main volleyball pun tak, makan ye, aktiviti bergambar je la yang aku buat. Jangan salahkan aku sebab orang yang ajak aku bergambar, aku ikut je. Dari 1 jadik 2 3 4 dan 5 gambar aku yang perasan artis. Hehe.










Friday 23 March 2012

Oh Mama, Saya Mahu Kahwin

Assalamualaikum w.b.t =)

Semalam tengok baby officemate, Kak Jannah & suami dia En.Din. Comel sangat, kulit putih halus, jari runcing, mata pun sepet macam pelakon Korea. Tengok la mak ayah dia, cantik & handsome gitu =) Lahir dengan berat 3kg. Semangatnya. Orang tua-tua tak bagi cakap berat, tak tahu apa sebab. Bila tengok baby perasaan nak kahwin tiba-tiba jadik 100dc macam takat didih. Haha.


Monday 12 March 2012

Wedding Day : Siti Farhana Zainal Bakri @ Hana & Taib

Assalamualaikum w.b.t =)

Waa pack betul jadual aku dari Jumaat hari tu, kalah Perdana Menteri. Hari ketiga dengan rehat yang kurang pergi majlis kahwin yang kedua. Selamat dah jadi isteri orang dengan sekali lafaz. Memang kenangan terindah la. Dulu seorang kawan yang selalu dengar cerita kawan-kawan, bagi nasihat bagai dah jadik milik orang lain selama-lamanya. Sedih ada happy pun ada. Sebelum ni majlis tunang dia aku datang, majlis kahwin dia pun aku datang. Nak makan nasi minyak pun ye, nak kumpul dengan kawan-kawan pun ye. Semoga kawanku & suami berbahagia dunia akhirat, dapat anak yang soleh & solehah. Amin.






 

   



Sunday 11 March 2012

Pulau Kapas Jauh Ke Tengah

Assalamualaikum w.b.t =)

Na na na na na ganu kite. 2 hari berturut-turut ulang alik Kuantan-Terengganu. Bajet macam orang kaya je, padahalnya duit dah kemarau berpanjangan dah ni. Ini pun decide last minute sebab tak tahu hala tuju nak ke Cameron Highland @ Terengganu. Hajat di hati cuma nak jalan-jalan tapi terlajak pulak sampai ke ke Pulau Kapas. Apakan daya, orang kata seluk duit biar sampai pokai. Punyalah semangat 1 Malaysia, sanggup gerak pukul 6.30 pagi. Tapi tak sia-sia gerak pagi-pagi sebab sampai sana nak dekat pukul 1. Habis semua bergelimpangan tulang dengan urat-urat. Kena alignment balik la nampaknya ni. Sampai-sampai sana je terus carik tiket naik bot ke Pulau Kapas. RM40/seorang, disebabkan senyum-senyum dapat diskaun RM5/seorang. Kalau kenyit-kenyit mata mesti dapat separuh harga terus. Hihi.

Bermulalalah kisah hidup kami di pulau. Sampai-sampai kat sana perkara wajib adalah bergambar. Subhanallah indahnya ciptaan Allah, pantai yang cantik, air laut yang biru, tenang je rasa. Rasa macam nak berkampung je kat situ (nampak sangat tipu). Haha. Dah puas baru kitorang decide nak pergi snorkeling. RM25-RM30/seorang, tapi kami dapat harga RM20/seorang. Harga ni tak sempat nak senyum & kenyit mata tau, terus dapat murah. Thanks abang Logek (aku tertanya-tanya kenapa nama dia macam tu??). So, diorang bawa pergi tengah-tengah laut untuk snorkeling. Aku takut berbanding kakak & adik aku. Aku cuma mampu berdiri atas batu & apungkan badan je, lepas tu aku tengok diorang dari atas bot je sambil bagi ikan makan. Aku panik bila air masuk dalam telinga. Macam mana nak berkampung kat pulau kalau macam ni. Skuad gagal. Bila masing-masing dah penat, naik pergi tengok anak penyu, siap-siap, lepas tu balik dalam pukul 6 petang. Sampai rumah kakak pukul 11 malam. Akhirnya, dugong dan duyung bergelimpangan tidur akibat kepenatan. Sekian, terima kasih =)












Saturday 10 March 2012

Wedding Day : Maslinda Zulkefli @ Linda & Alif

Assalamualaikum w.b.t =)

Sampai jugak akhirnya. Memang nekad nak pergi sebab kawan dah pos kad. Itu pun sebab aku suruh pos, aku kata baru semangat nak pergi. O ceh. So, bergerak la aku ke Marang, Terengganu. Penat memang penat tapi seronok jumpa kawan. Lepas aku makan & bergambar dengan pengantin perempuan (kawan aku) aku terus balik sebab nak ambil kawan kat Dungun pulak. Kalau nak tunggu diorang bersanding memang tak la sebab diorang bersanding pukul 3 lepas sembahyang Jumaat. Disebabkan tak mampu beli DSLR kualiti gambar hanyalah cap-cap buaya saja. Pelamin, tempat makan beradab memang simple tapi cantik. Kawan aku lagi la cantik, dah macam anak patung aku tengok.