Monday 29 October 2012

Makan-makan

Assalamualaikum w.b.t =)

Dah cuti 4 hari, tapi tetap tak puas, rasa nak up lagi sampai seminggu. Mesti ramai yang tengah cari-cari mood kerja termasuk saya. So, sebelum mood kerja datang kita buat entry dulu. Ok, Rabu baru-baru ni saya balik kampung, kakak ajak kami makan-makan kat luar. Mak tak payah penat-penat masak untuk kami semua. Lagipun yang balik cuti raya haji ni tinggal yang bujang-bujang je. Makan-makan kat luar ni kiranya sambut birthday ayah (01/10/2012) dengan adik (22/10/2012) la. Hari tu kami makan kat western food. Sebelah western food ada kedai makan biasa. Kalau tak makan western food boleh la order kat kedai makan sebelah. Senang kan? =) So, siapa-siapa yang datang Jerantut, nak cuba western food, kedai tu betul-betul depan Masjid Besar Jerantut. Datang jangan tak datang ye =)

 Tengok gambar ni makan macam dalam hutan kan?

Tapi sebenarnya tak sebab kat depan macam ni =)
Ayah malu-malu je bergambar, mak tetap steady walaupun mata dah layu =)

Wednesday 24 October 2012

Wedding Day : Zakiah Zakaria

Assalamualaikum w.b.t =)

Silih berganti kawan-kawan kahwin. Tik tok tik tok umur saya pun silih berganti jugak. Tahun depan saya dah 26, orang dah berlari saya baru merangkak. Minggu lepas 13/10/2012, dapat jemputan kahwin. Disebabkan dekat dengan tempat kerja & tak balik kampung, kami pun konvoi beramai-ramai walaupun tak berapa ramai. Balik-balik kerja, dengan pakai seluarnya terus serbu rumah pengantin. Malu pun ye jugak sebab ada mak cik-mak cik yang tengok kami. Maafkan kami ye mak cik, kami baru balik kerja =) Ok, Zakiah ni umur dia muda setahun dari saya. Terkejut jugak bila dapat kad kahwin dia. Tapi yela, kalau dah sampai jodoh tu semua orang akan kahwin. Lambat atau cepat je. Jodoh tu kan rahsia Allah =) Kami doakan Zakiah dan pasangan kekal hingga akhir hayat, jadi isteri yang terbaik! =)

 Berseri-seri pengantin. Cantik! Saya suka tengok pelamin, banyak bunga rose. Cantik jugak! =)

Saturday 20 October 2012

Finance's Bowling

Assalamualaikum w.b.t =)

Hip hip hoorey bowling! Aktiviti mencuci longkang! Kalau suruh berseronok cepat je masing-masing, muka happy je, senyum sampai telinga. Cuba suruh buat kerja, kalah dari siput berjalan. Hihi. Finance Controller (Mr.Jimmy) & Finance Manager (Ms.Nicola) tumpang dua kaki nak main bowling jugak. Yang tak sangka tu, IT Manager pun join kami. Terbaik la diorang semua! =)

Cuci-cuci enterprise - Finance Department =)

Saturday 13 October 2012

Shila Hamzah Ke Bukit Gambang

Assalamualaikum w.b.t =)

Cuma short entry je hari ni. Minggu lepas 07/10/2012 ada function Gabungan Persatuan Cina Pahang. Pihak management kena turun padang tolong operation. So, hari tu kami jadik PIC (person incharge) tengok waiter/waitress. Kalau diorang tak sempat nak serve makanan untuk guest, kami la yang kena tolong back up. Merasa la jugak kitorang jadik waiter/waitress walaupun malu. Macam superwoman la pulak rasanya. Malas nak cerita pasal function tu, tapi cuma nak cakap artis jemputan hari tu Shila Hamzah. Hehe. Shila cantik, ramah dan tak sombong ye. Tapi gambar saya dengan Shila tak ada pun sebab saya bajet artis jugak hari tu =)


Bila malam kami bertukar jadi macam ni. Macam budak sekolah pun ada. Oh no! Terserlah keketotan saya kat situ. Hihi.

Friday 5 October 2012

Khasiat Madu

Madu adalah makanan yang sangat berkhasiat. Al-Quran mengiktirafkannya sebagai ''shifa'' iaitu penyembuh penyakit. Ia adalah makanan kesihatan keseluruhannya. Ia mengandungi pelbagai jenis vitamin, mineral, protein, antiseptik, enzim yang boleh meningkatkan ingatan dan kecerdasan mental individu. Rasulullah s.a.w bersabda "siapa yang hendak hafal, hendaklah ia minum manisan madu". Madu didapati berkesan merawat penyakit mental di mana ia boleh menghindarkan kepenatan otak seperti berfikir, membaca, merancang dan sebagainya. Minumlah 2 sudu teh madu dua kali sehari (pagi dan malam). Insya Allah akan membantu meningkatkan daya ingatan kita.

Sumber : Diari Muslimah 2012