Saturday 30 June 2012

Wednesday 27 June 2012

Alhamdulillah =)

Assalamualaikum w.b.t =)

Alhamdulillah lepas dah interview tadi. Ada dua orang interviewer. Jarak saya dengan diorang memang jauh la, diorang boleh tengok apa yang kita buat. Nervous yang amat, kat luar nampak rileks je, sekali masuk dalam, diorang tanya soalan, suara terus tukar jadik vibrate. Tapi lega sebab semuanya dah selesai, tak payah dah risau nak study bagai. Kalau ada rezeki ada la sebab apa yang saya perasan, salah seorang interviewer tu ada simpan note kecil. Saya terfikir tu list calon-calon yang dah dipilih ke? Saya perasan jugak ada seorang candidate ni rileks je, tak bercakap dengan orang pun. Dia ke calon yang dah dipilih tu? Ok, antara soalan-soalan yang interviewer tu tanya saya.

1) Perkenalkan diri.
2) Mak ayah kerja apa?
3) Adik berapa orang? Anak nombor berapa?
4) Kenapa nak berhenti kerja?
5) Apa persediaan nak interview ni?
6) Siapa pemain tenis nombor 1 dunia?
7) NKRA ada berapa?
8) Sebutkan Rukun Negara & kenapa adanya Rukun Negara ni?
9) Tugas pembantu tadbir?

Siap ada soalan matematik lagi untuk saya sebab saya keja bahagian akaun. Harga sepinggan mee goreng RM2.50, berapa kena bayar makan untuk 8 orang. Saya jawab RM20. Dia cakap layak kerja akaun. Tapi interview tu tak tahu lulus ke tak :'( Nasihat saya kalau siapa-siapa nak interview SPA sedia awal-awal ok. Ada interviewer yang tak banyak tanya, ada jugak yang nak uji pengetahuan kita, ada yang nak tengok kita yakin ke tak, ada yang nak tengok kita betul-betul bersedia ke tak. Macam-macam la. Dah habis interview, banyak-banyakkan doa, mana tahu lembut hati interviewer tu nak ambil kita =)

Tuesday 26 June 2012

27 Jun Yang Ohsem =)

Assalamualaikum w.b.t =)

Hari ini buat entry dua perenggan je dan tak bergambar. Esok saya ada interview SPA. Takutnya, rasa macam ada harimau yang tunggu nak makan saya kalau tak dapat jawab soalan. Macam-macam perasaan keluar, risau, berdebar semua ada. Kalau tengok jam, rasa macam masa tu tengah kejar saya, kalau tak bukan main masa tu bergerak macam siput. Dalam masa yang sama macam-macam persoalan timbul, apa la soalan yang akan diorang tanya esok. Walaupun risau, berdebar, takut tapi makan tetap selera, tidur tetap lena. Risau ke macam tu? 

Hari esok jugak genap la umur saya 25 tahun. Oh no! Saya dah tua rupanya. Rasa macam baru 20 tahun. Tak puas lagi rasanya duduk bawah ketiak mak ayah. Hehe. Ok back to normal. Mudah-mudahan saya lulus interview tu esok, mana tahu rezeki hari lahir. Kakak-kakak, abang-abang, adik-adik kat sini doakan saya lulus ye, lancar dan tenang saya jawab untuk esok. Doakan jugak interviewer tu tak tanya saya soalan pelik-pelik. Mana tahu keluar soalan tamadun mesopotamia, memang saya lari terus keluar bilik interview tu. Terima kasih yang mendoakan saya =)

Friday 22 June 2012

Wednesday 20 June 2012

Saya Sayang Ayah & Emak

Assalamualaikum w.b.t =)

Walaupun hari bapa dah lepas, tapi saya tetap nak tulis sebagai kenangan. Saya bukan nak cerita pasal hari bapa atau sambutan hari bapa sebab hari-hari adalah hari bapa. Macam jugak hari ibu. Hari-hari adalah hari ibu. Tapi hari bapa mengingatkan saya apa yang saya dah buat kat ayah masa saya mula-mula masuk pra sekolah. Tapi bukan hari bapa je saya ingat, tapi hari-hari saya akan ingat. Ayah hantar pergi sekolah, tapi apa hadiah yang saya bagi kat ayah? Saya ketuk ayah dengan kasut, saya gigit tangan ayah sekuat hati sampai berbekas. Bila ayah hantar saya masuk kelas, pintu dikunci, saya jerit sekuat hati.

Ada satu hari, saya lari duduk kat kedai nenek kawan kakak. Padahal saya tak kenal nenek tu siapa. Bila tengah hari ayah datang ambil. Ayah tak jemu-jemu hantar saya pergi sekolah. Tapi lama-lama saya jadik seronok pergi sekolah walaupun waktu tu saya demam. Rugi rasanya nak ponteng. Terima kasih ayah. Saya sayang ayah. Sekarang, tiap kali saya salam ayah saya akan cium dahi ayah dan doakan ayah selepas solat. Bila tengok muka ayah saya jadik sayu lagi-lagi bila minggu lepas baru ni saya balik kampung, ayah sesak nafas, ayah cakap nafas ayah pendek, saya jadik takut. Saya takut nak hadapi kehilangan. Saya nak ayah sihat, saya nak ayah jadik wali saya bila saya kahwin nanti :'( Semoga ayah dan emak dipanjangkan umur dan diberi kesihatan yang baik olehNya.

Gambar masa raya 2010. Ayah saya kat tengah-tengah berkopiah putih.

Tuesday 19 June 2012

Segmen Blogwalking dan Follow : Nody Yana

Assalamualaikum w.b.t =)

Saya ni jarang sekali join segmen-segmen ni. Pendek kata tak pernah la. So, hari ni jalan-jalan baca entry. Lepas tu join segmen blogwalking dan follow ni. Selain dapat kawan baru dan eratkan silaturrahim, kita boleh kongsi pendapat dan dapat ilmu-ilmu yang baru jugak =)


Jom ramai-ramai join Segmen Blogwalking dan Follow
Tarikh tutup : 30 Jun 2012

Friday 15 June 2012

Teknik Penggunaan Komputer

Assalamualaikum w.b.t =)

AWAS!! Pada siapa-siapa yang tak berani tengok jangan tengok. Gambar mengerikan. Entry kali ni saya nak kongsi cara penggunaan komputer yang betul. Saya dapat ni pun dari bos saya, mula-mula tak sanggup nak tengok tapi sebab info yang baik, kena la tengok, baca dan share. Entry ni khas untuk pengguna-pengguna komputer, lagi-lagi yang kerja bahagian office (itu saya) dan suka berblogging (itu pun saya jugak). Saya ni jenis belasah je kalau guna komputer. Tak tahu kesan akibat dari belasah membelasah ni. So, jom tengok gambar dengan scroll down perlahan-lahan, kalau tak sanggup nak tengok terus tekan close. Kalau nak baca lebih detail, search Carpal Tunnel Syndrome.

Akibat penggunaan mouse & keyboard yang salah :



Penggunaan komputer yang betul :





Thursday 14 June 2012

Steamboat

Assalamualaikum w.b.t =)

2 3 hari lepas kami buat farewell salah seorang officemate, Kak Jannah. So, kami decide makan steamboat RM19.90. Makanan lain ada nasi goreng, mee goreng, dessert. Memang murah sangat sebab buffet. Makan la 3 4 kali pun, tak ada orang nak marah, tak ada cas tambahan kecuali korang nak tapau bawak balik rumah.

 Start masak-masak. Tengok tekun tak tekun lelaki hujung sana memasak =)

Kak Jannah baju merah. Tengok selendang saya macam mak cik nak pergi pasar, tak menjadi pulak hari tu & badan nampak besar. Padahal memang besar pun, perasan kecil pulak. Hihi.

Kalau nak cuba steamboat murah ni pergi kat alamat bawah ni. Kalau tak silap saya, kalau makan 5 orang dapat free seorang. Maknanya, kalau makan 6 orang, cuma bayar untuk 5 orang. Tapi sebab saya dah kalut kira duit kat kaunter, terus lupa nak tanya, akhirnya bayar untuk semua orang. Rugi-rugi.

City Times Hotel Sdn. Bhd.
Blok E, Wisma Belia, Bandar Indera Mahkota,
25200 Kuantan, Pahang, Malaysia.
Phone : 09-5739093, 09-5733086
Fax : 09-5733093
Email : enquiry@citytimeshotel.com.my

Tuesday 12 June 2012

Limau Nipis

Assalamualaikum w.b.t =)

Saya bukan beauty consultant, pemilik spa lagi la bukan. Tapi sekadar berkongsi pasal kelebihan limau nipis. Siapa yang pakai deodorant, kalau nak tukar pada cara tradisional boleh jugak. Mintak maaf ye Rexona, Nivea, Garnier semua. Deodorant ni fungsinya untuk menghilangkan bau. So, limau nipis ni sama je la fungsinya. Berkesan tau. Risau la jugak kan, memang la kalau tak pakai deodorant tak berbau. Tapi mana la tahu kalau benda nak jadik, naik-naik bas ke lrt ke, berdiri pulak sebelah orang yang tengah duduk, tak ke pening orang tu nanti. Tak dapek den nak nolong.

Cara-cara : 
1) Limau nipis potong bulat-bulat, dapat la dalam 4 hiris.
2) Gosok bahagian yang sepatutnya dengan hirisan limau nipis tu.
3) Cuci la dengan air. Kalau lama-lama pedih pulak nanti =)

 Siapa tak kenal limau nipis? Ni saya pinjam dari pak cik Google =)

Selain dari tu, banyak lagi fungsi limau nipis ni. Nak lembutkan rambut, nak kuruskan badan, hilangkan bau kaki, hilangkan daki kat badan boleh jugak tak silap saya. Yang penting rajin dengan tak je. Selamat mencuba pada siapa-siapa yang nak cuba =)

Sunday 3 June 2012

i-City, Shah Alam

Assalamualaikum w.b.t =)

Oo hoiii hoi meriahnya i-City banyak lampu warna warni, macam hari raya. Dari hari tu lagi nak pergi tapi tak pergi-pergi. Baru-baru ni masa pergi KL, alang-alang pergi KL biar sampai terus i-City. Orang bujang katakan, masa ni la nak jalan-jalan dengan kawan-kawan. Siapa-siapa datang Shah Alam jangan lupa jejak kaki kat i-City. Game pun murah-murah, dari harga RM5-RM40. Kitorang main yang paling murah je, almaklum pergi hujung bulan. Hihi. Parking RM10 okeh =)

Baju yang sama aku pakai masa jumpa Faez, tu maknanya aku tak mandi. Hikhikhik buruk perangai.

Saturday 2 June 2012

Lawak #2 : Loghat Ganu

Assalamualaikum w.b.t =)

 
 Ambil dari email ;)

Friday 1 June 2012

Petua Awet Muda

Assalamualaikum w.b.t =) 

Petua ni kawan hantar by email. Jom sama-sama kongsi dan amalkan =)

1) Muka anda biasanya akan berminyak selepas bangun tidur. Inilah masanya untuk mengamalkan urutan wajah. Urutkan wajah anda dengan air dari bawah dagu hingga ke atas dahi diiringi selawat ke atas Nabi 3 kali. Gunakan jari telunjuk kedua-dua belah tangan dan letakkan di bawah dagu. Pusingkan jari anda ke pipi, pipi ke hidung dan seterusnya ke bahagian dahi. Lakukan setiap pagi disusuli dengan meminum air suam sebelum mengambil sarapan pagi. Perlu diingat, jangan sekali mengurut wajah anda dari atas ke bawah kerana ia akan mempercepatkan proses kedutan.

2) Sejurus bangun pagi baca doa, amalkan petua ini sebelum mandi dan gosok gigi. Masukkan air dalam mulut selama 10 saat dan selawat 3 kali dalam hati. Kemudian, baru diteguk. Air liur pada awal pagi mengandungi enzim yang boleh menjadi penawar, kemudian barulah menggosok gigi.

3) Baca ayat 35 hingga 38 surah Al-Waqiah setiap kali mandi untuk curahan pertama, mulakan dari kepala.

4) Setelah solat subuh, bacalah surah Yusuf kemudian minum tiga teguk air suam. Mudah-mudahan wajah kelihatan berseri dan awet muda.

5) Setelah itu lakukan senaman ringan. Hirup udara segar dari luar dan jalan tanpa memakai kasut di halaman yang berumput. Geselkan kaki di atas rumput yang masih berembun.

6) Amalkan memotong kuku atau rambut pada hari-hari baik iaitu Isnin, Khamis dan Jumaat. Mulakan dari telunjuk kanan sehingga kelingking jari kanan, seterusnya kelingking jari kiri ke ibu jari kiri dan diakhiri dengan ibu jari kanan.

7) Amalkan menanam kuku dan rambut yang dipotong atau gugur mudah-mudahan mendapat berkat di dunia dan akhirat .

8) Semasa berdandan pada waktu pagi baca selawat di kedua-dua telapak tangan dan rautkan ke muka beserta niat dalam hati supaya diindahkan wajah seperti wajah Nabi Yusuf a.s. Amalkan setiap pagi.

9) Ketika makan, janganlah disulam dengan minum air. Minumlah setelah setengah jam selepas makan.

10) Rajin-rajinlah membaca Al-Quran dengan niat ikhlas kerana Allah.

11) Amalkan solat tahajud.

12) Sentiasa tenang dan bersikap positif.

13) Mulakan sesuatu urusan dengan nawaitu yang baik dan niat kerana Allah.

14) Maafkan semua orang sebelum tidur.