Wednesday, 22 February 2012

Elephant Sanctuary & Deerland @ Kuala Gandah

Assalamualaikum w.b.t =)

Hip hip hoorey. Sampai juga kami kat sini, tinggal je kat Pahang tapi tempat-tempat dalam Pahang ni tak habis lagi explore. Macam mana nak bercuti kat negeri lain @ oversea macam ni. Haish! Nasib baik demam aku dah kebah boleh la juga pergi dua tempat ni. Ala sebenarnya kalau jalan-jalan ni aku memang laju tak kisah la demam ke sihat ke. Berbalik semula cerita jalan-jalan kami hari ahad baru ni. First, kami pergi ke Elephant Sanctuary kat Kuala Gandah, Lanchang. Memang seronok tengok gajah, jakun kejap rasanya. Selalunya kat rumah asyik tengok ayam kucing ayam kucing sampai lebam. Elephant Sanctuary ni di bawah jagaan Jabatan Perhilitan, so masuk free ok.

Aktiviti-aktiviti kat sini bagi makan gajah, menunggang gajah dan mandi-manda dengan gajah-gajah. Tapi masa kami pergi mandi-manda tak ada sebab air sungai naik. Hari Sabtu tu hujan tak tahu ke? Hihi. Memang tak rugi la pergi, nak cerita dalam ni panjang-panjang tak guna kalau tuan badan tak sendiri pergi. Tak gitu? Gajah-gajah ni aku ingat dua nama je. Bimo dan Mawar. Gajah-gajah ni cerdik, bila orang yang jaga suruh buat apa-apa, ia akan buat. Tapi bila dah naik minyak, pijak orang sampai jadik  sambal belacan la jawabnya. Minta la dijauhkan dari tu semua.





Lepas kami dah puas tengok gajah, kami pergi tengok rusa pulak kat Deerland, dekat je dengan Elephant Sanctuary tu, tapi jangan la jalan kaki sebab nak masuk ke sana je dalam 3km tak silap. Ada rajin ke? Mahu keluar peluh jantan. Hihi. Kat Deerland ni macam-macam binatang, tapi yang paling banyak semestinya rusa berkaki empat sesuai dengan nama tempat ni. Nak tahu binatang yang lain-lain tu, kena la pergi jugak. Ai dah macam agen pelancongan la pulak. Hihi. Tapi kat Deerland ni kena bayar RM6/seorang sebab ni hak milik persendirian. Tapi sumpah memang seronok walaupun kaki dah sakit, dah jalan macam penguin pun ye jugak.

Aktiviti kat sini boleh bagi makan rusa dan boleh masuk dalam kandang rusa sambil sentuh-sentuh rusa dan bergambar dengan rusa. Huh penat, satu nafas buat ayat. Tapi rusa yang digalakkan pegang hanya rusa Indonesia sebab jinak tapi aku tetap takut dengan tanduk yang macam dahan-dahan kayu tu. Rusa Malaysia nak pegang boleh jugak, tu pun kalau nak rasa tendangan 120km/jam la. Rusa Malaysia sangatlah besar dan garang. Orang yang jaga tu la cakap, bukan aku. Kalau aku, aku bagi je orang pegang dan masuk dalam kandang rusa Malaysia tu. Haha.










Wednesday, 15 February 2012

Ying Yang Yung Yeng

Assalamualaikum w.b.t =)

Sebenarnya tak ada nama penuh pun kucing ni, bapak diorang pun aku tak tahu yang mana satu. Nama komersial pun tak payah jugak la. So, mungkin nama ni la yang sesuai untuk kucing-kucing ni. Tapinya confuse jugak sebab sepesen je bulunya. Hmm mungkin kena pakai name tag ni.



Friday, 10 February 2012

Sepi

Assalamualaikum w.b.t =)

Dapat anak kucing baru, itu pun orang bagi. Kakak bagi nama Sepi, bukan Sepi Seorang Perindu ye. Pandai bawa diri dan tak gaduh dengan kucing-kucing lain yang ada kat rumah. Belum tunjuk taring agaknya. Sepi ni aktif jugak dan kuat buat tahi mata. Kalau tidur tak ingat dunia dah macam bilik tu dia yang punya.


Sunday, 5 February 2012

A Gift

Assalamualaikum w.b.t =) 

Hadiah dari seorang kawan. Sangat hargainya. Dalam diari ni banyak tips dan info berguna. Thanks to my friend, Syahmi Ahmad Ramly =) Tapi tak tahu nak mengarang apa dalam diari ni, sedangkan buat satu entri pun terkedek-kedek macam itik pulang petang.

Thursday, 2 February 2012

Tanda Waqaf

Assalamualaikum w.b.t =)

Tanda waqaf ni ada dalam ayat-ayat Al-Quran. Kadang-kadang kita baca tapi tapi tak tahu kat bacaan mana yang patut berhenti. Jom kita sama-sama kongsi benda yang baik =)


1)Abjad jawi Mim : Tanda yang diwajibkan berhenti
2)Abjad Jawi Lam Alif : Tanda dilarang berhenti
3)Abjad Jawi Jim : Tanda diharuskan berhenti @ meneruskan bacaan 
4)Abjad Jawi Shad Lam Ya : Tanda meneruskan bacaan adalah lebih baik
5)Abjad Jawi Qaf Lam Ya :Tanda memberhentikan bacaan adalah lebih baik
6)Titik 3 berulang : Tanda pilihan untuk berhenti pada salah satu tempat sahaja
7)Tanda waqaf yang sempurna dari segi lafaz & makna

P/s : Ambil dari buku sekolah anak saudara. Maaf jika ada kekurangan & gambar tak clear.

Saturday, 28 January 2012

Akhirnya

Assalamualaikum w.b.t =)

Akhirnya, setelah sekian lama dapat jugak berkumpul berempat. Yang paling penting aku dapat jumpa dengan C-dah. Selalunya kalau diorang bertiga ada, aku pulak tak ada sebab balik kampung. Aku memang rajin balik-balik kampung ni. Kampung suami akan datang la, mungkin dalam setahun dua lagi kalau diizinkan Allah. Insya Allah =) So, hari tu kami memang spend time berborak-borak dan pergi makan di Rasamas, Megamall Kuantan. Boleh tahan jugak la makanan kat situ. Sedap pun sedap, tak ada la sampai tak boleh telan. Rindulah nak kumpul macam ni lagi.

C-dah : Green Watch

Thursday, 26 January 2012

Wedding Day : Nurul Farehah

Assalamualaikum w.bt =)

Alhamdulillah lepas lebih kurang 7 tahun tak jumpa kawan-kawan sekolah teknik Kuala Lipis, akhirnya jumpa juga. Itu pun sebab datang kenduri kahwin dia. Berseri-seri muka pengantin baru. Tak sangka orang yang senyap-senyap dah pun kahwin. Tahniah-tahniah =) Aku yang cinta-cinta monyet masa sekolah dulu pun tak kahwin-kahwin lagi. Kantoi betapa gatalnya masa sekolah. Tapi kita kena terima, tiap orang dilahirkan berpasang-pasangan, lambat atau cepat je. Sabar ye sebab Allah dah aturkan yang terbaik buat kita semua =)

Sebelum pergi jumpa pengantin baru (Farehah), aku pergi jumpa bakal pengantin baru (Ais) untuk bagi hadiah sebab aku tak dapat datang majlis dia 28hb ni. Ceria je muka Ais menghitung hari =) Punya excited jumpa sampai tak sempat nak ambil gambar, salam sampai 2 3 kali dah. Lepas jumpa Ais pass hadiah terus pergi rumah Farehah. Sebenarnya, hajat di hati cuma nak pass hadiah je pada pengantin baru & bakal pengantin. Tapi sampai je rumah Farehah kena makan pulak. Nak tak nak kena la masuk. Tak baik tolak rezeki =) Dah la pakai seluar jeans, kalau mak tahu mesti kena tazkirah 3 hari 2 malam ni.

Masa sampai rumah  Farehah semua majlis dah selesai, khemah pun dah cabut, pengantin pun dah tukar baju. Mana tak tukar baju sebab aku sampai pun dah 6 lebih. So, bergambar jugak la untuk kenang-kenangan. Tengok pelamin dia simple but nice. Tema hijau putih. Esok bila aku kahwin, aku nak buat simple but memorable (tiru ayat fasha sandha). Semoga kawan-kawanku dengan pasangan diorang kekal hingga akhir hayat =)