Wednesday 22 February 2012

Elephant Sanctuary & Deerland @ Kuala Gandah

Assalamualaikum w.b.t =)

Hip hip hoorey. Sampai juga kami kat sini, tinggal je kat Pahang tapi tempat-tempat dalam Pahang ni tak habis lagi explore. Macam mana nak bercuti kat negeri lain @ oversea macam ni. Haish! Nasib baik demam aku dah kebah boleh la juga pergi dua tempat ni. Ala sebenarnya kalau jalan-jalan ni aku memang laju tak kisah la demam ke sihat ke. Berbalik semula cerita jalan-jalan kami hari ahad baru ni. First, kami pergi ke Elephant Sanctuary kat Kuala Gandah, Lanchang. Memang seronok tengok gajah, jakun kejap rasanya. Selalunya kat rumah asyik tengok ayam kucing ayam kucing sampai lebam. Elephant Sanctuary ni di bawah jagaan Jabatan Perhilitan, so masuk free ok.

Aktiviti-aktiviti kat sini bagi makan gajah, menunggang gajah dan mandi-manda dengan gajah-gajah. Tapi masa kami pergi mandi-manda tak ada sebab air sungai naik. Hari Sabtu tu hujan tak tahu ke? Hihi. Memang tak rugi la pergi, nak cerita dalam ni panjang-panjang tak guna kalau tuan badan tak sendiri pergi. Tak gitu? Gajah-gajah ni aku ingat dua nama je. Bimo dan Mawar. Gajah-gajah ni cerdik, bila orang yang jaga suruh buat apa-apa, ia akan buat. Tapi bila dah naik minyak, pijak orang sampai jadik  sambal belacan la jawabnya. Minta la dijauhkan dari tu semua.





Lepas kami dah puas tengok gajah, kami pergi tengok rusa pulak kat Deerland, dekat je dengan Elephant Sanctuary tu, tapi jangan la jalan kaki sebab nak masuk ke sana je dalam 3km tak silap. Ada rajin ke? Mahu keluar peluh jantan. Hihi. Kat Deerland ni macam-macam binatang, tapi yang paling banyak semestinya rusa berkaki empat sesuai dengan nama tempat ni. Nak tahu binatang yang lain-lain tu, kena la pergi jugak. Ai dah macam agen pelancongan la pulak. Hihi. Tapi kat Deerland ni kena bayar RM6/seorang sebab ni hak milik persendirian. Tapi sumpah memang seronok walaupun kaki dah sakit, dah jalan macam penguin pun ye jugak.

Aktiviti kat sini boleh bagi makan rusa dan boleh masuk dalam kandang rusa sambil sentuh-sentuh rusa dan bergambar dengan rusa. Huh penat, satu nafas buat ayat. Tapi rusa yang digalakkan pegang hanya rusa Indonesia sebab jinak tapi aku tetap takut dengan tanduk yang macam dahan-dahan kayu tu. Rusa Malaysia nak pegang boleh jugak, tu pun kalau nak rasa tendangan 120km/jam la. Rusa Malaysia sangatlah besar dan garang. Orang yang jaga tu la cakap, bukan aku. Kalau aku, aku bagi je orang pegang dan masuk dalam kandang rusa Malaysia tu. Haha.










4 comments:

  1. wahhh entry bergamba..suke suke..sy da penah pegi tp ptg sgt dah.dpt tgk bebi gajah jela

    ReplyDelete
  2. nnt blh la pg ngan bdk2 umah pulak :)
    pgg x bebi gajah 2?

    ReplyDelete
    Replies
    1. x pgg pon.sume da kene kurung dlm kandang..bebi gajah sangatttttttt comey

      Delete
  3. kak sy kne libas dgn belalai gajah kat pipi..
    sbb main2 nk bgi die mkn..

    ReplyDelete