Thursday 19 January 2012

Blood Donation

Assalamualaikum w.b.t =)

Oo yeay. Berjaya derma darah untuk kali kedua. Sebenarnya takut bila kena cucuk jarum, tapi disebabkan nak menderma kena la kuatkan hati juga. Dalam takut-takut tu rupanya ada orang yang lebih takut dari aku. Memang excited sangat nak derma darah hari tu, nak penuhkan buku derma darah tu sebenarnya. Tapi sempat ke nak bagi penuh? Bukannya hari-hari boleh derma darah. Jangan tamak jangan tamak, tu amalan syaitan =)

Kenapa kena derma darah? Derma darah ni bukan paksaan, tapi sukarela. Kalau kita derma darah hari ini, hari esok atau lusa atau bila-bila, mungkin darah kita tu boleh tolong orang-orang yang memerlukan. Satu contoh kalau orang kemalangan, hilang banyak darah, darah kita tu sebagai penyelamat la. Hari ini hari orang, hari kita, kita tak tahu lagi bila =) Tapi bukan semua darah boleh diterima oleh penerima darah. Tengok jadual ya =)

Sumber : Penderma & Penerima


Lagi satu, bukan semua orang boleh menderma darah sebab ada syarat-syarat kalau nak menderma ni. Kalau nak tahu syarat-syarat, cara pemakanan dan perkara berkaitan darah ni boleh tengok Wikipedia, Altalidi, Halaqah dan search je kat Google lagi senang. Taip je  benda-benda berkaitan dengan darah beratus-ratus page akan keluar :).

P/s : Nurse suruh minum air banyak-banyak, tapi jangan paksa minum sampai mati lemas pulak =)

4 comments:

  1. hihi
    sy 1st
    hoyey!!!
    sapekah yg lebey takot dr husna 2? hihi

    ReplyDelete
  2. tahniah2.sila dtg lagi.hehe
    dlm tkt2 lps jgk 1 pain drh.hihi

    ReplyDelete
  3. yelah pasni da x takot da.sekali cube 2 3 4 kali nk derma drh lg

    ReplyDelete
  4. pasni klo nk derma leh p spital je tros..
    xpyh nk tggu kempen2..

    ReplyDelete