Showing posts with label Aidiladha. Show all posts
Showing posts with label Aidiladha. Show all posts

Saturday, 10 November 2012

Aidiladha Di Johor

Assalamualaikum w.b.t =)

Petang raya tu kami berempat (saya, kakak, adik, anak saudara) balik kampung kat Batu Pahat, Johor. Lagi pulak raya haji ni orang tak ramai yang datang. Emak, ayah & adik lelaki tak ikut, mana la tahu ada orang datang beraya, ayah pulak ada orang-orang kampung ajak korban. So, lepas sembahyang Jumaat kami pun gerak. Perjalanan dari Jerantut ke Batu Pahat lebih kurang 6 jam. Selalunya kalau kami balik kampung, kami tak ikut highway, kami ikut jalan lama (Temerloh - Bera - Triang - Bahau - Segamat - Yong Peng - Batu Pahat). Tak kisah jauh mana perjalanan yang penting boleh tengok embah & nenek =)

 Sebelum teruskan perjalanan, berhenti makan dulu kat McD Segamat =)

Embah (baju hijau, belah emak) & nenek (baju biru, belah ayah). Kami dah tak ada atuk ='(

 Ajak embah beraya. Ajak nenek, nenek tak larat nak jalan ='(

 Pak cik saudara (bersongkok), adik perempuan mak (baju kelabu), adik lelaki emak (baju belang).
Yang lain-lain tu sepupu, yang kecil tu cucu kami kot =)

Monday, 5 November 2012

Aidiladha 2012

Assalamualaikum w.b.t =)

Aidiladha kami biasa-biasa je. Lagi pulak yang ada kat rumah anak-anak bujang mak ayah je. Kalau aidiladha kami tak ada sesi bersalaman macam aidilfitri. Ayah pun pergi masjid awal. Aidiladha kan orang ramai buat ibadah korban. Pagi-pagi raya tinggal la kami 4 beranak. Sebab tak tahu nak buat apa, suruh mak pakai cantik-cantik nak ajak bergambar. Mak pun layan jela perangai anak-anak =)