Sunday 11 March 2012

Pulau Kapas Jauh Ke Tengah

Assalamualaikum w.b.t =)

Na na na na na ganu kite. 2 hari berturut-turut ulang alik Kuantan-Terengganu. Bajet macam orang kaya je, padahalnya duit dah kemarau berpanjangan dah ni. Ini pun decide last minute sebab tak tahu hala tuju nak ke Cameron Highland @ Terengganu. Hajat di hati cuma nak jalan-jalan tapi terlajak pulak sampai ke ke Pulau Kapas. Apakan daya, orang kata seluk duit biar sampai pokai. Punyalah semangat 1 Malaysia, sanggup gerak pukul 6.30 pagi. Tapi tak sia-sia gerak pagi-pagi sebab sampai sana nak dekat pukul 1. Habis semua bergelimpangan tulang dengan urat-urat. Kena alignment balik la nampaknya ni. Sampai-sampai sana je terus carik tiket naik bot ke Pulau Kapas. RM40/seorang, disebabkan senyum-senyum dapat diskaun RM5/seorang. Kalau kenyit-kenyit mata mesti dapat separuh harga terus. Hihi.

Bermulalalah kisah hidup kami di pulau. Sampai-sampai kat sana perkara wajib adalah bergambar. Subhanallah indahnya ciptaan Allah, pantai yang cantik, air laut yang biru, tenang je rasa. Rasa macam nak berkampung je kat situ (nampak sangat tipu). Haha. Dah puas baru kitorang decide nak pergi snorkeling. RM25-RM30/seorang, tapi kami dapat harga RM20/seorang. Harga ni tak sempat nak senyum & kenyit mata tau, terus dapat murah. Thanks abang Logek (aku tertanya-tanya kenapa nama dia macam tu??). So, diorang bawa pergi tengah-tengah laut untuk snorkeling. Aku takut berbanding kakak & adik aku. Aku cuma mampu berdiri atas batu & apungkan badan je, lepas tu aku tengok diorang dari atas bot je sambil bagi ikan makan. Aku panik bila air masuk dalam telinga. Macam mana nak berkampung kat pulau kalau macam ni. Skuad gagal. Bila masing-masing dah penat, naik pergi tengok anak penyu, siap-siap, lepas tu balik dalam pukul 6 petang. Sampai rumah kakak pukul 11 malam. Akhirnya, dugong dan duyung bergelimpangan tidur akibat kepenatan. Sekian, terima kasih =)












3 comments:

  1. sonoknye snorkelling..laut nmpk biru je

    ReplyDelete
  2. cantik sgt..x mcm t.c,x nmpk dasar laut tros..

    ReplyDelete
  3. Lama dah teringin nak ke sini...Tapi tak lepas-lepas lagi..

    ReplyDelete