Assalamualaikum w.b.t =)
Sapa-sapa ke Kuala Selangor, singgah-singgah la kat Bukit Melawati ni. Apa yang menarik kat sana? Ha meh teman cerita. Kat Bukit Melawati ni banyak monyet, tu la yang tertarik menarik teruja sebenarnya. Aku datang sana pun sebab nak tengok monyet la. Padahalnya kat kampung pun aku boleh nampak monyet. Hihi. Aku datang jauh-jauh bukan nak tengok monyet semata-mata tau, tapi kebetulan pergi rumah kakak. Alang-alang dah ke sana, aku melawat la monyet tu sekali. Apa yang special monyet kat Bukit Melawati ni? Teman cerita jugak teman cerita. Bagi aku monyet kat sini special sebab terlalu banyak, ada warna hitam ada warna oren. Yang paling special suka kejar orang yang bawak makanan. Ni bukan special tapi menakutkan. Berapa kena bayar? Jangan risau jangan bimbang, tak perlu bawak duit seguni, cuma bayar untuk trem je, RM3 untuk dewasa, RM2 untuk budak. Tak silap aku la. Okeh settle.
Lepas dah pergi tengok monyet, bagi makan monyet, boleh la masuk muzium yang berdekatan kat situ. Macam-macam ada pasal sejarah Bukit Melawati. Kalau dah bosan masuk muzium, pergi tengok monyet balik. Ulang aktiviti yang sama sampai bosan. Ok, dah cukup bosan? Jom kita turun pulak pergi Taman Ikan, macam-macam ikan ada kat sini kecuali ikan jerung. Ikan paus pun tak ada, jangan la carik kalau pergi sini. Selain ikan ada jugak binatang lain. Yang aku ingat merak kayangan kalau tak silap. Over tau ayat. Alamak dah lebih 100 patah perkataan lak aku tulis. Hihi.
Bukit Melawati : 02 May 2010
Bukit Melawati : 16 Jan 2011
Monyet tak ada sebab hujan. Tidur lebih baik monyet cakap.
Monyet tak ada sebab hujan. Tidur lebih baik monyet cakap.
xpernh smpai..cute tgk monyet tu.nmpk manja..
ReplyDeleteyang oren tu cute la, yang itam sume monyet tue2. hihi.
Deletemonyet kt bukit melawati ni gatal2 x?mane tau ade yg nk ikot balek ke..
ReplyDeletemonyet2 kat sini tak curang la, rasa nak culik bawak balik. hik3
Deletealamakk..tak pnh lg smpi sni...hehe
ReplyDeletenanti ana mesti sampai jugak :)
Deletemonyet oh monyet..lama tak naik bukit melawati tu..
ReplyDeleteanis bila2 masa je leh pegi, dekat je :)
Deletemonyet kt sblh tuh elok jer ek...xpulak dia tarik baju ke apa..yerlah ank dara kn hikhikhik
ReplyDeletedh jadik best fren la kak. hikhikhik
DeleteAssalamuaalikum......
ReplyDeleteErm..... melepak bersama monyet-monyet ye... nampak serasi la pulak... :-)
waalaikumussalam..
Deletesapa yang datang sana, confirm serasi punya la. hihi.
eee tk tkt ke monyet tu gigit?????:D
ReplyDeletetakut.. saya tak berani nak pegang, usik2 jambul je. hihi
Deleteberani nya yang pegang monyet tuh !!
ReplyDeletehuk huk
p/s : boleh tak turn off verification word? macam susah la nak komen. huhuhu. just nak bagi tahu je :)
akak pegang jambul monyet 2 je wana. hihi
Deletep/s : dah buat. tq dik :)