Monday, 29 October 2012

Makan-makan

Assalamualaikum w.b.t =)

Dah cuti 4 hari, tapi tetap tak puas, rasa nak up lagi sampai seminggu. Mesti ramai yang tengah cari-cari mood kerja termasuk saya. So, sebelum mood kerja datang kita buat entry dulu. Ok, Rabu baru-baru ni saya balik kampung, kakak ajak kami makan-makan kat luar. Mak tak payah penat-penat masak untuk kami semua. Lagipun yang balik cuti raya haji ni tinggal yang bujang-bujang je. Makan-makan kat luar ni kiranya sambut birthday ayah (01/10/2012) dengan adik (22/10/2012) la. Hari tu kami makan kat western food. Sebelah western food ada kedai makan biasa. Kalau tak makan western food boleh la order kat kedai makan sebelah. Senang kan? =) So, siapa-siapa yang datang Jerantut, nak cuba western food, kedai tu betul-betul depan Masjid Besar Jerantut. Datang jangan tak datang ye =)

 Tengok gambar ni makan macam dalam hutan kan?

Tapi sebenarnya tak sebab kat depan macam ni =)
Ayah malu-malu je bergambar, mak tetap steady walaupun mata dah layu =)

Wednesday, 24 October 2012

Wedding Day : Zakiah Zakaria

Assalamualaikum w.b.t =)

Silih berganti kawan-kawan kahwin. Tik tok tik tok umur saya pun silih berganti jugak. Tahun depan saya dah 26, orang dah berlari saya baru merangkak. Minggu lepas 13/10/2012, dapat jemputan kahwin. Disebabkan dekat dengan tempat kerja & tak balik kampung, kami pun konvoi beramai-ramai walaupun tak berapa ramai. Balik-balik kerja, dengan pakai seluarnya terus serbu rumah pengantin. Malu pun ye jugak sebab ada mak cik-mak cik yang tengok kami. Maafkan kami ye mak cik, kami baru balik kerja =) Ok, Zakiah ni umur dia muda setahun dari saya. Terkejut jugak bila dapat kad kahwin dia. Tapi yela, kalau dah sampai jodoh tu semua orang akan kahwin. Lambat atau cepat je. Jodoh tu kan rahsia Allah =) Kami doakan Zakiah dan pasangan kekal hingga akhir hayat, jadi isteri yang terbaik! =)

 Berseri-seri pengantin. Cantik! Saya suka tengok pelamin, banyak bunga rose. Cantik jugak! =)

Saturday, 20 October 2012

Finance's Bowling

Assalamualaikum w.b.t =)

Hip hip hoorey bowling! Aktiviti mencuci longkang! Kalau suruh berseronok cepat je masing-masing, muka happy je, senyum sampai telinga. Cuba suruh buat kerja, kalah dari siput berjalan. Hihi. Finance Controller (Mr.Jimmy) & Finance Manager (Ms.Nicola) tumpang dua kaki nak main bowling jugak. Yang tak sangka tu, IT Manager pun join kami. Terbaik la diorang semua! =)

Cuci-cuci enterprise - Finance Department =)

Saturday, 13 October 2012

Shila Hamzah Ke Bukit Gambang

Assalamualaikum w.b.t =)

Cuma short entry je hari ni. Minggu lepas 07/10/2012 ada function Gabungan Persatuan Cina Pahang. Pihak management kena turun padang tolong operation. So, hari tu kami jadik PIC (person incharge) tengok waiter/waitress. Kalau diorang tak sempat nak serve makanan untuk guest, kami la yang kena tolong back up. Merasa la jugak kitorang jadik waiter/waitress walaupun malu. Macam superwoman la pulak rasanya. Malas nak cerita pasal function tu, tapi cuma nak cakap artis jemputan hari tu Shila Hamzah. Hehe. Shila cantik, ramah dan tak sombong ye. Tapi gambar saya dengan Shila tak ada pun sebab saya bajet artis jugak hari tu =)


Bila malam kami bertukar jadi macam ni. Macam budak sekolah pun ada. Oh no! Terserlah keketotan saya kat situ. Hihi.

Friday, 5 October 2012

Khasiat Madu

Madu adalah makanan yang sangat berkhasiat. Al-Quran mengiktirafkannya sebagai ''shifa'' iaitu penyembuh penyakit. Ia adalah makanan kesihatan keseluruhannya. Ia mengandungi pelbagai jenis vitamin, mineral, protein, antiseptik, enzim yang boleh meningkatkan ingatan dan kecerdasan mental individu. Rasulullah s.a.w bersabda "siapa yang hendak hafal, hendaklah ia minum manisan madu". Madu didapati berkesan merawat penyakit mental di mana ia boleh menghindarkan kepenatan otak seperti berfikir, membaca, merancang dan sebagainya. Minumlah 2 sudu teh madu dua kali sehari (pagi dan malam). Insya Allah akan membantu meningkatkan daya ingatan kita.

Sumber : Diari Muslimah 2012

Thursday, 20 September 2012

E-Day : Nurul Ain Nadiah

Assalamualaikum w.b.t =)

Dah lama tak update blog. Dah lama tak singgah blog kawan-kawan baca entry. Banyak cerita-cerita yang saya tertinggal ni. Insya Allah kalau ada masa saya pergi melawat dan tanya khabar =) Baru-baru ni saya dapat jemputan pergi majlis tunang kat Manjung, Perak. Meriah sangat-sangat, siap ada pelamin, dah macam majlis kahwin =) Barang hantaran bagi kat pihak lelaki sampai 21 jenis dan kebanyakkannya makanan. Ada yang saya dengar ada yang sampai berpuluh-puluh kalau kat Perak. Siapa orang Perak? Cerita la sikit pasal barang hantaran kat Perak ni =)

Ain & tunang =)

Ain & adik-beradik =)

Ain & kakak angkat =)

Thursday, 13 September 2012

Cerita Sebenar Dah Gatal, Bodoh Pulak

Assalamualaikum w.b.t =)
 
Ayat yang saya post kat wall tu nampak macam orang gatal ye? Begini ceritanya, baru-baru ni kami pindah office baru, so ada wi-fi, boleh online facebook. Kat office lama tak ada wi-fi, facebook pun kena block. Saya ada add M, tu pun M yang taipkan nama dia dan dia sendiri tekan add. Lepas tu M approve. Pagi semalam saya buka la email, sekali dapat komen macam tu (tengok entry sebelum ni). Cepat-cepat saya bukak facebook. Terkejut dan hanya mampu tersenyum. Geli hati sebenarnya sebab main serbu je, tak siasat dulu =)

Petang semalam saya pergi HR submit leave card, saya nampak M dengan wife dia depan office HR. Jumpa jugak akhirnya, memang berjodoh betul dengan kakak ni =) Dipendekkan cerita, lepas saya keluar dari office HR, saya beranikan diri cakap dengan wife M sebab saya tahu saya tak salah, saya bukannya bodoh nak mengorat suami orang, menggatal jauh sekali. Masa tu M ada kat sebelah.
 
Saya : Akak comment kat facebook tu kan?
Wife : A ah. (sambil senyum kelat)
M : (senyum macam nak kena tibai balik nanti)
Wife : Awak ke orangnya?
Saya : A ah. Kawan-kawan office kak, jangan la risau.

Sebelum saya pergi, saya mintak maaf dengan kakak tu. Dia cuma balas hmm dan senyum kelat lagi. Lepas saya balik office, officemate saya cakap kakak tu nak nombor telefon saya pulak. Tapi officemate saya tak bagi. Kalau la niat saya ni nak menggatal dengan suami orang dah lama saya buat, kat office saya tu ada je yang dah kahwin anak dua tiga lagi. Padahal yang lain tu dah 2 tahun lebih saya kenal, M ni tak sampai pun setahun kerja kat sini. Tak ada pulak saya nak mengorat yang saya kenal dua tahun lebih tu. Saya pun fikir, kalau saya buat orang macam tu, nanti terkena kat saya balik. Saya tak nak la macam tu.

Kalau la saya ni kaki gaduh, memang saya balas balik komen tu. Nasib baik officemate saya cakap jangan, tunggu M datang kerja esok je. Saya fikir jugak, facebook ni bukan tempat untuk bergaduh tapi untuk berkawan. Sepatutnya wife M yang lebih tua dari saya kena la siasat dulu macam Detective Conan tu. Lepas tu kalau betul baru la boleh cakap saya macam tu. Saya pun tak siasat jugak yang wife M tu cemburu buta ke tak. Sekali dah dapat komen macam tu baru saya tahu. Saya akui kat situ salah saya. Kalau saya balas komen tu mesti lagi teruk dan M pun mesti malu kalau orang baca wall dia, tengok wife dia komen macam tu. Lagipun wife dia tengah pregnant, lagi la saya kena biarkan je, sebab orang pregnant ni emosi tak boleh terganggu. M ada cerita kat kitorang wife dia tak boleh stress. Nanti tak pasal-pasal saya punca benda yang tak patut jadik.

Hari ni M cuti, baru nak mintak maaf, lepas tu nak tanya wife dia macam mana. Saya tak nak wife dia salah anggap. Tak sedap hati jugak sebenarnya. Kalau wife dia nak jumpa saya, saya ok je kalau nak pulihkan keadaan. Tapi kalau nak cakap saya bukan-bukan lagi, memang saya bako saya bako. Hehe.