Assalamualaikum w.b.t =)
Salam Jumaat semua. Hari baik bulan baik. Tup tup esok dah nak puasa. So, saya nak ucapkan selamat berpuasa untuk semua, puasa jangan tak puasa. Sama-sama kita berebut untuk tambah amalan tambah pahala. Jauhi yang mungkar. Anggaplah ni Ramadhan terakhir supaya kita lebih menghayati Ramadhan. Malam ni dah start solat tarawih. Jom sama-sama kita memeriahkan masjid untuk cari keredhaan dariNya =)
Puasa dan kurma memang tak dapat dipisahkan, macam irama dan lagu jugak. Kalau nak tahu lebih detail boleh baca Khasiat Kurma ni =)
Niat Puasa Sebulan:
Sahaja aku berpuasa sebulan Ramadhan seluruhnya kerana Allah Taala.
Niat Puasa Esok Hari:
Sahaja aku berpuasa esok hari menunaikan fardhu Ramadhan tahun ini kerana Allah Taala.
Niat Puasa Sebulan:
Sahaja aku berpuasa sebulan Ramadhan seluruhnya kerana Allah Taala.
Niat Puasa Esok Hari:
Sahaja aku berpuasa esok hari menunaikan fardhu Ramadhan tahun ini kerana Allah Taala.






