Tuesday, 27 November 2012

Siapa Tahu?

Assalamualaikum w.b.t =)

Dulu saya ada buat entry pasal saya dapat calon simpanan SPA untuk jawatan pembantu tadbir. Tapi baru-baru ni status tu dah bertukar jadi lantikan tetap, tapi kat bawah status tu still ada remark calon simpanan. Saya pun tak tahu status tu dah bertukar, tu pun lepas ada yang tinggal komen kat entry tu tanya pasal status tu dah bertukar, terus saya check SPA. So, saya harap entry ni boleh tolong saya & Afeefa Halim yang tengah tertanya-tanya tentang status kami tu. Saya harap Afeefa baca entry ni sebab bila saya tekan link tu dia tak terus ke blog. Saya tak tahu nak inform dia macam mana. Terima kasih kat kawan-kawan yang tolong kami =)

Cuba tengok kat anak panah tu, tu la status yang dah bertukar.

Wednesday, 21 November 2012

Deepavali 1 Malaysia

Assalamualaikum w.b.t =)

Salam Maal Hijrah semua =) Sebelum cuti panjang hari tu, sempat la pergi open house Deepavali kat rumah officemate (Stella). Lepas balik kerja, kami konvoi pergi open house, tu pun dah lewat sangat, nak dekat pukul 7 baru sampai. Stella siap suruh mak dia buatkan tosei untuk kami. Family Stella semuanya friendly =) Tosei hari tu, diorang hidangkan dengan rendang ayam, rendang kambing, kuah kacang dhall. Disebabkan kakak dah bekalkan saya nasi sebelum balik hostel, saya terpaksa bertahan dari makan tosei tu, saya makan muruku je =)

 Masa kami datang, abang ipar Stella tengah buat kolam yang besar tu. Cantik kan? =)

Kami! 1 Malaysia! =)

Saturday, 10 November 2012

Aidiladha Di Johor

Assalamualaikum w.b.t =)

Petang raya tu kami berempat (saya, kakak, adik, anak saudara) balik kampung kat Batu Pahat, Johor. Lagi pulak raya haji ni orang tak ramai yang datang. Emak, ayah & adik lelaki tak ikut, mana la tahu ada orang datang beraya, ayah pulak ada orang-orang kampung ajak korban. So, lepas sembahyang Jumaat kami pun gerak. Perjalanan dari Jerantut ke Batu Pahat lebih kurang 6 jam. Selalunya kalau kami balik kampung, kami tak ikut highway, kami ikut jalan lama (Temerloh - Bera - Triang - Bahau - Segamat - Yong Peng - Batu Pahat). Tak kisah jauh mana perjalanan yang penting boleh tengok embah & nenek =)

 Sebelum teruskan perjalanan, berhenti makan dulu kat McD Segamat =)

Embah (baju hijau, belah emak) & nenek (baju biru, belah ayah). Kami dah tak ada atuk ='(

 Ajak embah beraya. Ajak nenek, nenek tak larat nak jalan ='(

 Pak cik saudara (bersongkok), adik perempuan mak (baju kelabu), adik lelaki emak (baju belang).
Yang lain-lain tu sepupu, yang kecil tu cucu kami kot =)

Monday, 5 November 2012

Aidiladha 2012

Assalamualaikum w.b.t =)

Aidiladha kami biasa-biasa je. Lagi pulak yang ada kat rumah anak-anak bujang mak ayah je. Kalau aidiladha kami tak ada sesi bersalaman macam aidilfitri. Ayah pun pergi masjid awal. Aidiladha kan orang ramai buat ibadah korban. Pagi-pagi raya tinggal la kami 4 beranak. Sebab tak tahu nak buat apa, suruh mak pakai cantik-cantik nak ajak bergambar. Mak pun layan jela perangai anak-anak =)


Monday, 29 October 2012

Makan-makan

Assalamualaikum w.b.t =)

Dah cuti 4 hari, tapi tetap tak puas, rasa nak up lagi sampai seminggu. Mesti ramai yang tengah cari-cari mood kerja termasuk saya. So, sebelum mood kerja datang kita buat entry dulu. Ok, Rabu baru-baru ni saya balik kampung, kakak ajak kami makan-makan kat luar. Mak tak payah penat-penat masak untuk kami semua. Lagipun yang balik cuti raya haji ni tinggal yang bujang-bujang je. Makan-makan kat luar ni kiranya sambut birthday ayah (01/10/2012) dengan adik (22/10/2012) la. Hari tu kami makan kat western food. Sebelah western food ada kedai makan biasa. Kalau tak makan western food boleh la order kat kedai makan sebelah. Senang kan? =) So, siapa-siapa yang datang Jerantut, nak cuba western food, kedai tu betul-betul depan Masjid Besar Jerantut. Datang jangan tak datang ye =)

 Tengok gambar ni makan macam dalam hutan kan?

Tapi sebenarnya tak sebab kat depan macam ni =)
Ayah malu-malu je bergambar, mak tetap steady walaupun mata dah layu =)

Wednesday, 24 October 2012

Wedding Day : Zakiah Zakaria

Assalamualaikum w.b.t =)

Silih berganti kawan-kawan kahwin. Tik tok tik tok umur saya pun silih berganti jugak. Tahun depan saya dah 26, orang dah berlari saya baru merangkak. Minggu lepas 13/10/2012, dapat jemputan kahwin. Disebabkan dekat dengan tempat kerja & tak balik kampung, kami pun konvoi beramai-ramai walaupun tak berapa ramai. Balik-balik kerja, dengan pakai seluarnya terus serbu rumah pengantin. Malu pun ye jugak sebab ada mak cik-mak cik yang tengok kami. Maafkan kami ye mak cik, kami baru balik kerja =) Ok, Zakiah ni umur dia muda setahun dari saya. Terkejut jugak bila dapat kad kahwin dia. Tapi yela, kalau dah sampai jodoh tu semua orang akan kahwin. Lambat atau cepat je. Jodoh tu kan rahsia Allah =) Kami doakan Zakiah dan pasangan kekal hingga akhir hayat, jadi isteri yang terbaik! =)

 Berseri-seri pengantin. Cantik! Saya suka tengok pelamin, banyak bunga rose. Cantik jugak! =)

Saturday, 20 October 2012

Finance's Bowling

Assalamualaikum w.b.t =)

Hip hip hoorey bowling! Aktiviti mencuci longkang! Kalau suruh berseronok cepat je masing-masing, muka happy je, senyum sampai telinga. Cuba suruh buat kerja, kalah dari siput berjalan. Hihi. Finance Controller (Mr.Jimmy) & Finance Manager (Ms.Nicola) tumpang dua kaki nak main bowling jugak. Yang tak sangka tu, IT Manager pun join kami. Terbaik la diorang semua! =)

Cuci-cuci enterprise - Finance Department =)