Tuesday, 31 July 2012

Cantik Dalam, Cantik Luar

Assalamualaikum w.b.t =)

 Bismillahirrahmanirrahim
Dengan nama ALLAH yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. 

Allahumma Kama Hassanta Kholqi Fahassin Khuluqi 
Ya Allah Engkau telah memperbaguskan kejadian rupaku, maka baguskanlah budi pekertiku.
 
Peringatan untuk saya juga =) Bacalah doa ini ketika melihat wajah kita di cermin. Luaran kita boleh nampak handsomenya kita, cantiknya kita. Dalaman kita tak nampak. Moga dengan baca doa ni kita cantik kedua-duanya. Kalau dalaman dah cantik, luaran confirm cantik =)

Thursday, 26 July 2012

Kad Raya Top 20 Commentators

Assalamualaikum w.b.t =)

Pengumuman! Pengumuman! Disebabkan saya tak pernah buat GA, Segmen dan Contest, sempena nak raya ni walaupun baru 6 Ramadhan, saya nak bagi kad raya kat Top 20 Commentators. Nanti nama-nama kat bawah ni emailkan saya nama, alamat, url blog, phone no (terpulang pada individu). Send kat nurulhusnamohdhassan@gmail.com ye. Jangan malu jangan segan. Cepat hantar beramai-ramai =)



Yang dah potong-potong potong tu, diorang dah bagi details kat saya =)

Tuesday, 24 July 2012

Nama Syaitan Dalam Surah Al-Fatihah

Assalamualaikum w.b.t =)

Saya dapat ni dari email. Untuk perkongsian kita semua termasuk saya. Yang baik kita kongsikan, yang tak baik kita elakkan. Yang salah kita sama-sama betulkan. Semoga kita menjadi orang yang sentiasa membaiki bacaannya =)

1) DU LI LAH (bila dibaca tiada sabdu) sepatutnya DULILLAH

2) HIR ROB (bila dibaca dengan sabdu) sepatutnya HI ROB

3) KIYYAU (bila dibaca dengan sabdu) sepatutnya KI YAU

4) KANNAK (bila dibaca dengan sabdu) sepatutnya KA NAK

5) KANNAS (bila dibaca dengan sabdu) sepatutnya KA NAS

6) IYA (disebut tanpa sabdu) sepatutnya IYYA. IYA bermaksud 'matahari'  
  • Dalam ayat ke 5, jika salah bacaannya akan bermaksud "kepada mataharilah yang kami sembah dan kepada matahari kami meminta pertolongan"

7) SIROTHOLLAZI (hendaklah dibaca tanpa henti sehingga habis)

8) AMIN. Hendaklah mengaminkan Al-Fatihah dengan betul iaitu AA (dua harakat), MIN (3 harakat). Semoga AMIN kita bersamaan dengan AMIN malaikat. Insya-Allah.

Friday, 20 July 2012

Salam Ramadhan

Assalamualaikum w.b.t =)

Salam Jumaat semua. Hari baik bulan baik. Tup tup esok dah nak puasa. So, saya nak ucapkan selamat berpuasa untuk semua, puasa jangan tak puasa. Sama-sama kita berebut untuk tambah amalan tambah pahala. Jauhi yang mungkar. Anggaplah ni Ramadhan terakhir supaya kita lebih menghayati Ramadhan. Malam ni dah start solat tarawih. Jom sama-sama kita memeriahkan masjid untuk cari keredhaan dariNya =)

Puasa dan kurma memang tak dapat dipisahkan, macam irama dan lagu jugak. Kalau nak tahu lebih detail boleh baca Khasiat Kurma ni =)

Niat Puasa Sebulan:
Sahaja aku berpuasa sebulan Ramadhan seluruhnya kerana Allah Taala.

Niat Puasa Esok Hari:
Sahaja aku berpuasa esok hari menunaikan fardhu Ramadhan tahun ini kerana Allah Taala.

Wednesday, 18 July 2012

Segmen : Nostalgia Ramadhan

Assalamualaikum w.b.t =)

Terima kasih C'jai sebab ajak saya join Segmen Nostalgia Ramadhan ni. Seronok bila ingat kenangan lepas-lepas ni, boleh buat kita gelak sendiri sebenarnya. Jom kawan-kawan join sebab segmen ni tamat 22 Julai 2012 ni =)


Nostalgia pertama bermula. Cerita ni masa sekolah rendah. Kalau kat kampung dalam bilik mandi ada kolah besar untuk takung air kan? Air kolah tu memang sejuk sangat-sangat. Bila tengah hari memang lama duduk dalam bilik air, kalau boleh nak tidur dalam tu sampai buka puasa. Tapi saya pulak pergi berendam dalam kolah tu feeling ala-ala swimming pool. Masa dalam kolah tu, buat-buat la curah air ke luar, konon-kononnya mandi la tu. Baik punya cover la ni. Sambil-sambil tu kumur-kumur mulut. Gulp! Gulp! Gulp! Tertelan air pulak. Bukan sekali tapi berkali-kali. Saja je taktik nak minum air sebenarnya. Hehe. Anak sapa ni? Teruk betul perangai =) 

Ok, lagi satu yang saya nak cerita ni masa saya sekolah rendah jugak. Bila pagi semangat bangun sahur, bila dah tengah hari, kat sekolah, mula la badan jadik macam sotong tak ada tulang, lembik je. Bila balik sekolah, beli la ice-cream 10 sen perisa asam masin tu, nak buat bukak puasa katanya. Wayang je semua tu depan kawan-kawan. Sekali balik rumah, apa lagi, ice-cream tu macam melambai-lambai suruh makan dia secepat mungkin. Sebab tak tahan dengan godaan ice-cream tu, tiba-tiba tangan mencapai dan automatically ice-cream masuk ke mulut. Lega rasanya, terus ada tenaga. Siap makan kat luar tu, dengan tak pakai bajunya, pakai kain sekolah je masa tu. Sekali datang lebah sengat kat pinggang saya. Adoi! Ha, kan dah kena sengat. Siapa suruh tak puasa. Lebah pun marah, Allah lagi la marah =)
  
Alang-alang dah buat entri ni, saya nak ucapkan Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak untuk seluruh umat islam di seluruh dunia. Maafkan saya jika ada terkasar bahasa, tersalah kata. Eh! Dah macam ucapan raya pulak. Ok la, sebelum melarat sekarang saya nak tag Jue Hamzah, Wanie, Cik Lala, Ros_reeza, Anis =)

Tuesday, 17 July 2012

Hadiah Dari Blogger MamaEma

Assalamualaikum w.b.t =)

Terima kasih banyak-banyak MamaEma sebab hadiahkan brooch kat saya. Cantik dan besar. Boleh la buat melaram masa raya ni. Kenapa saya dapat brooch ni? Sebab saya jadi follower ke-1111 blog MamaEma =)


 Siap ada kad lagi ;)

Monday, 16 July 2012

Segmen Ayu : Saya Blogger Dari Pahang

Assalamualaikum w.b.t =)

Terima kasih banyak-banyak untuk Ros_reeza dan C'jai sebab tag dan inform saya pasal Segmen Ayu ni. Semangat nak buat entry ni =)


Saya blogger dari Jerantut, Pahang. Mak ayah saya pulak orang Batu Pahat, Johor. Tempat-tempat menarik yang ada kat Pahang ni salah satunya Cameron Highland. Taman Negara pun best jugak sebab banyak aktiviti. Lagi satu kalau nak tengok gajah boleh datang ke Kuala Gandah. Boleh naik gajah, bagi makan gajah, mandi dengan gajah =) Makanan yang famous kat Pahang ni gulai tempoyak ikan patin. Kalau makan sekali, confirm tambah 3 4 kali =) Ok, dah siap cerita sikit-sikit, sekarang saya nak tag Wanie sebab dia baru lagi dalam berblog ni. Moh ramai-ramai kita join =)

Ni la bendera & jata Negeri Pahang. Saya pinjam gambar ni kat Google je =)