Friday, 31 August 2012

Merdeka! Merdeka! Merdeka!

Assalamualaikum w.b.t =)

Alhamdulillah, syukur. Sampai ke hari ni kita dapat rasa nikmat kemerdekaan, lagi-lagi dalam bulan yang baik, 13 Syawal 1433H, hari Jumaat pulak tu. Hargailah jasa pejuang-pejuang yang berusaha memerdekakan negara kita dari penjajah. Bersyukurlah kita, dilahirkan dalam keadaan negara yang dah merdeka. Jangan kita sendiri yang mencemarkan kemerdekaan negara kita. Merdeka! I Love Malaysia!



Gambar-gambar pejuang ni semua saya pinjam dari Google. Boleh baca kat sini tentang pejuang-pejuang kat atas.

Tuesday, 28 August 2012

Konvoi Raya 2012

Assalamualaikum w.b.t =)

Tiap-tiap tahun, kami akan buat konvoi raya, sama ada raya ke-3 atau ke-4. Tahun lepas ramai jugak yang join rombongan cik kiah tapi tahun ni tak sebab ada yang dah start kerja, ada yang tak cuti raya lagi, ada yang dah kahwin. So, yang bujang trang tang tang ni je la yang dapat join. Total rumah yang kami pergi 8 buah, last sekali rumah saya. Kakak buat mee goreng basah & laksam, mee kari dah habis first raya. Kesian kat Ali tak dapat lagi makan mee kari tahun ni =)

 Rumah Zana (baju biru laut). Masa kami datang sana dia dah kemas-kemas nak balik KL. Alhamdulillah, sempat jumpa sebab dah lama sangat tak jumpa dia ni =)

Rumah Yanti (t-shirt hijau). Dah kahwin ni, anak sorang. Dia bagi kami makan bihun tom yam. Sedap wooo, bergaduh-gaduh dengan laksa penang yang kami makan kat rumah kakak saya sebelum datang sini =)

Monday, 27 August 2012

Aidilfitri 2012

Assalamualaikum w.b.t=)

Alhamdulillah, masih diberi nafas dan peluang oleh Allah berkumpul sambut raya tahun ni. Raya tahun ni persiapan raya biasa-biasa je. Baju raya pun pakai baju masa kakak kahwin hari tu. Kuih raya pun banyak yang beli, tapi tiap-tiap tahun mak tak miss buat rempeyek. Favourite kitorang tu =) Ketupat pun rebus yang instant je, malas nak anyam tahun ni. Tahun ni semua raya kat rumah emak ayah. Tahun depan sunyi la, tinggal kami yang bujang-bujang je la nampaknya =) 

Buah hati pengarang jantung mak ayah =)
 Belakang : Abang Udin (ke-3), Muji (ke-8), Abang Epol (ke-4)
Tengah : Kak Idah (ke-2), Ayah, Mak, Kak Ning (Sulung)
Depan : Saya (ke-7), Kak Omel (ke-5), Kak Ep (Ke-6), Adik (Bongsu)

 Menantu-menantu mak ayah. Sorang lagi tak ada, lambat datang. Nasib la tak ada dalam gambar. Hehe.

Penawar hati nenek dan atuk =)

Thursday, 16 August 2012

Dah Nak Raya La

Assalamualaikum w.b.t =)

Esok, semua orang dalam mood raya dah. Kerja pun dah tak nampak dah. Yang nampak rendang, ketupat, lemang, kuah kacang  bagai. Nak bukak blog pun dah tak nak agaknya. Saya pukul 4.59 petang esok dah tunggu depan punch card machine. Tepat pukul 5.00 petang, terus punch. Hehe lagi dahsyat ni, jangan ikut perangai buruk saya =) So, dikesempatan ni saya nak ucapkan :

 
Maafkan saya kalau selama berblog ni, saya ada salah cakap/salah komen/terkasar bahasa =)

  • Jangan lupa baca doa dan mengucap =)
  • Guna earphone kalau nak bergayut dengan orang tersayang ye =)
  • Hati-hati kat jalan raya. Jangan berlumba-lumba pulak nak cepat sampai. Jangan risau rumah tu tak lari punya =) 
  • Hormat pemandu-pemandu lain. Jangan pentingkan diri sendiri =)
  • Ikut had laju yang dah ditetapkan. Kena saman tak tahu, saya dah pesan awal-awal ni =)
  • Kalau mengantuk, jangan terus memandu. Berhenti kat R&R atau tukar pemandu =)
  • Ingatlah orang yang tersayang dan yang menyayangi kita. Sama-sama kita kurangkan kadar kemalangan jalan raya =)

Wednesday, 15 August 2012

Kad Raya Sampai

Assalamualaikum w.b.t =)

Alhamdulillah semalam hujan. Akhirnya, basah jugak bumi. Bangun sahur tadi, dengar bunyi katak je sahut menyahut. Tengok kat luar. Oh! Hujan rupanya. Lena betul tidur malam tadi sampai tak sedar hujan turun. Ok, tu intro je. Sebenarnya saya nak ucapkan terima kasih banyak-banyak pada Nadzirah Sofia, Ayu dan Ejulz sebab bagi saya kad raya. Setakat ni saya dah terima 3 keping kad raya. Tengok kat bawah, jangan tak tengok. Mintak maaf gambar tak berkualiti sangat, handphone saya cap ayam je =)

Kad dari Nadzirah Sofia


Kad dari Ayu 

 Kad dari Ejulz
Ejulz siap bagi duit raya singgit lagi =)

Thursday, 9 August 2012

Ada Siapa-siapa Tahu Tak?

Assalamualaikum w.b.t =)

Hari tu saya ada interview SPA masa birthday saya. Semalam saya check, keputusannya saya telah dikategorikan sebagai calon simpanan lantikan. Boleh tak siapa-siapa jawabkan untuk saya? Status saya sebenarnya macam mana? Calon simpanan ni confirm akan diserap atau tak?

Wednesday, 8 August 2012

Cameron Highland

Assalamualaikum w.b.t =)

25 tahun tinggal kat Pahang, ni first time pergi Cameron Highland. Malu je rasa. Ni pun plan last minute. Kami gerak pukul 1.30 tengah hari, sampai sana pukul 5 petang. Sampai-sampai sana je banyak tempat dah tutup. Terpaksa la bergambar je kat mana-mana yang nampak cantik. Kesian. Lepas berbuka puasa kat sana, kami gerak balik, sampai rumah pukul 12 malam. So, sebab tak dapat masuk Strawberry Farm, Bee Farm semua, kami anggap ni survey je. Insya Allah akan datang lagi kalau tak ada aral melintang =)

Baju merah & purple : anak saudara

Jangan tertipu ye. Kulit saya tak sehalus mulus macam tu =)
Baju purple & hijau : adik & kakak